Cetak

National Seminar on Sea Level Rise Due to Climate Change Impact 2014. 4 Mac 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

    Pada 4 Mac 2014, satu seminar Peringkat Kebangsaan yang bertajuk 'National Seminar on Sea Level Rise Due to Climate Change Impact 2014' telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Mini Auditorium NAHRIM. Seminar ini telah dianjurkan oleh Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi NAHRIM dan telah menarik kehadiran kira-kira 80 orang peserta yang terdiri daripada wakil-wakil Kerajaan, swasta serta universiti tempatan.

    Objektif penganjuran seminar ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan hasil penyelidikan kenaikan aras laut yang telah dijalankan oleh NAHRIM dan agensi-agensi berkaitan untuk kajian kes di Kuala Terengganu. Di samping itu, ia juga dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada para peserta akan kepentingan kajian ini dalam menilai impak kenaikan aras laut terhadap pesisiran pantai negara secara menyeluruh.
 
    Seminar ini telah dimulakan dengan sesi pembentangan kertas ucaptama oleh Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi, Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd Hamid yang bertajuk Sea Level Rise Studies in Malaysia. Seminar ini diteruskan dengan sesi pembentangan kertas teknikal yang pertama yang dipengerusikan oleh Ir. Hj. Mohd Radzi Bin Abd Hamid. Sebanyak 6 kertas teknikal telah dibentangkan semasa sesi ini iaitu En. Md. Khairi bin Yaacob (NAHRIM) - Pengumpulan Data Marin di Kuala Terengganu, En. Ismail bin Tawnie (NAHRIM) - Impact of Sea Level Rise on Coastal Aquifer in Kuala Terengganu, Sr. Shafiq Azwan bin Zalil (JUPEM) - Vertical Land Motion, Pn. Herlina Ab. Aziz (PEERS Consult (M) Sdn Bhd) - Impak Peningkatan Aras Laut Terhadap Perancangan dan Pembangunan Zon Pesisiran Pantai Negara, Dr. Kamaluddin bin Hassan (JMG) - Paleo Climate Change dan En. Ami Hassan Bin Md Din (UTM) - Regional Sea Level Rise from Multi-Mission Satellite Altimetry and VLM-corrected on Tidal Data.
 
    Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Ketua Pengarah NAHRIM, Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban pada sebelah petang. Seterusnya, sesi pembentangan teknikal bersambung dengan menjemput Dr. Hj. Saim Bin Suratman selaku pengerusi sesi. Sesi pembentangan teknikal kedua ini mengumpulkan 3 kertas teknikal yang telah dibentangkan oleh Sr. Hj. Zulkifli Bin Sidek (JUPEM) - Penentuan Sempadan Maritim, Engr. Yannie Anak Benson (NAHRIM) - Pengaruh Kualiti Air di Muara Sungai Terengganu Terhadap Kehadiran Spesies Fitoplankton dalam Penyerapan Karbon dan Ir. Lee Hin Lee (NAHRIM) - Pemodelan Hidrodinamik Kuala Terengganu.

    Kesimpulannya, seminar ini telah berjaya menyalurkan maklumat penting kepada agensi-agensi Kerajaan, swasta dan para penyelidik tentang kefahaman mengenai isu kenaikan aras laut disebabkan oleh perubahan iklim. Penglibatan para peserta daripada pelbagai bidang dan kepakaran diharapkan dapat merintis jalinan kerjasama untuk penyelidikan susulan berkaitan aras laut untuk faedah dan kepentingan bersama.
SLR 2014 1

 SLR 2014 2