red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

NAHRIM Raih Anugerah Inovasi Negara. 19 Okt 2016. BERNAMA

on . Posted in Keratan Akhbar 2015

 

NAHRIM Raih Anugerah Inovasi Negara


KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Hasil ciptaan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (Nahrim) malam ini memenangi kategori produk pada Malam Anugerah Inovasi Negara (AIN).

Usaha selama 10 tahun untuk mencipta 'Nahrim Integrated Drainage System (NIDS), sebuah sistem perparitan generasi ketiga, merangkul anugerah tersebut.

Selain itu, Unit Perkhidmatan Pergigian, Angkatan Tentera Malaysia pula memenangi Kategori Perkhidmatan, iaitu projek inovasi unit peralatan rawatan pergigian mudah alih.

Pemenang kedua-dua kategori inovasi tersebut masing-masing membawa pulang RM50,000, trofi dan sijil yang disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau.

Bagi kategori Akar Umbi, suri rumah dari ibu negara, Teng Yu Mein, 44, membawa pulang RM20,000 atas usaha mencipta 'Efinity Ez Water Filter System', sistem yang membolehkan penduduk Orang Asli menapis air sungai atau air bukit tanpa tekanan paip untuk minuman dan kegunaan seharian.

Hasil inovasi pelajar Maktab Rendah Sains Mara Taiping, Perak dinobatkan sebagai pemenang Kategori Sekolah, mengetepikan sembilan pesaing lain dari seluruh negara.

Ciptaan mereka, 'FO-ver', singkatan daripada perkataan 'Float Over' merupakan sistem amaran banjir kepada pengguna jalan raya memenangi RM10,000, trofi dan sijil.

Anugerah Saintis Muda Negara dirangkul oleh Prof Madya Dr Juan Joon Ching dari Universiti Malaya manakala Anugerah Juruteknologi Negara pula dianugerahkan kepada Shaiful Hisham Samsudin dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Petronas.

Masing-masing memenangi RM20,000 dan RM10,000, berserta trofi dan sijil.

Julung kalinya pada tahun ini, dua kategori baru diperkenalkan iaitu kategori media cetak dan elektronik.

Wartawan Utusan Malaysia, Ashriq Fahmy Ahmad memenangi kategori media cetak dengan tajuk penulisannya, 'Biak Tisu Manusia' dan wartawan RTM Sabah Jualina Bangot pula menang kategori media elektronik, dengan laporan khas beliau bertajuk 'Nenek Jurutera Solar, Kampung Sensogon'.

Kedua-dua mereka memenangi hadiah wang tunai RM10,000.

AIN merupakan anugerah tahunan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bagi mengiktiraf pereka cipta tempatan yang menghasilkan produk atau perkhidmatan melalui daya kreativiti dan inovasi.

Sumber: http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1293750-- BERNAMA

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun