red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

NAHRIM Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institute of Water Modelling (IWM), Bangladesh pada 18 Disember 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

Pada 18 Disember 2014 yang lalu, Malaysia telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Republik Rakyat Bangladesh. Malaysia diwakili oleh NAHRIM, manakala Republik Rakyat Bangladesh diwakili oleh Institute of Water Modelling (IWM). Majlis tersebut telah disaksikan oleh wakil NRE, pegawai – pegawai NAHRIM dan pegawai – pegawai IWM yang diketuai oleh Prof. Dr. M. Monowar Hossain, Pengarah Eksekutif IWM. Objektif Memorandum Persefahaman tersebut antara lain, adalah untuk:

  • Mewujudkan perhubungan pintar dalam penyelidikan hidraulik dan air antara kedua-dua pihak untuk manfaat bersama;
  • Mewujudkan perkongsian dan pertukaran kemahiran terutamanya dalam bidang pemodelan hidraulik;
  • Bekerjasama dalam pengurusan sumber air dan isu-isu persekitarannya yang sinonim kepada kedua-dua negara; dan
  • Bertukar maklumat dari segi bahan dan penerbitan.

 MemorandumIWM2015 1
Pertukaran dokumen antara
YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM
dan Prof. Dr. M. Monowar Hossain, Pengarah Eksekutif IWM.

MemorandumIWM2015 2
Gambar berkumpulan antara delegasi NAHRIM dan IWM.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun