red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Sarawak Update: Makmal NAHRIM Jamin Kualiti Air

on . Posted in Keratan Akhbar 2012

 

Makmal NAHRIM Jamin Kualiti Air

Thursday, 29 March 2012

Sumber: http://www.sarawakupdate.com.my/2012/03/makmal-nahrim-jamin-kualiti-air.html

Labels: Sarawak Update

 

oleh Affendi Mohd Yusof

Sri Kembangan :- Isu kemerosotan kualiti air dan pengurusan sumber air negara kini sedang ditangani Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) menerusi Makmal Kualiti Air yang dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas hari ini.

Makmal Kualiti Air yang siap pembinaannya pada Januari 2011 berfungsi untuk memastikan sumber air sentiasa terpelihara untuk menjamin bekalan air yang berterusan untuk keperluan domestik, industri dan pertanian.

"Kita perlu sedar betapa pentingnya air bukan sahaja untuk memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk survival haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melindungi dan memelihara sumber yang amat berharga ini", kata beliau.

Menurut laporan terkini, hampir satu bilion penduduk dunia masih tidak dapat menikmati air yang bersih dan selamat untuk diminum, di samping 2.5 bilion penduduk yang menghadapi masalah kekurangan sanitasi.

Keadaan ini mempunyai implikasi yang serius terhadap kesejahteraan manusia sejagat kerana isu ini ada kaitan yang rapat dengan masalah kemiskinan, kesihatan, daya pengeluaran dan aktiviti ekonomi selain berpotensi untuk mencetuskan konflik di kalangan negara-negara yang berkongsi sumber air akibat daripada persaingan di dalam keperluan air.

Menurutnya NAHRIM telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pusat fokal kecemerlangan kebangsaan yang menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang air dan persekitarannya serta menyediakan fasiliti yang berkaitan sejak tahun 1995 lagi.

Makmal Kualiti Air NAHRIM yang akan dirasmikan hari ini mengkhususkan kepada penyelidikan dan penemuan-penemuan penyelidikan yang membantu negara dalam mencari penyelesaian kepada masalah kualiti air dan persekitarannya.

Beliau berharap makmal ini akan turut berperanan dan membantu dalam mengenalpasti inventori sumber air negara meliputi sungai, tasik dan kolam serta sumber air tanah selain membuat penyelidikan untuk mengenalpasti potensi alam semulajkadi bagi mencari penyelesaian kepada masalah kualiti air bagi tasik, sungai, air tanah, air hujan dan marin dan persekitarannya.

Dato Sri Douglas juga gembira usaha gigih dan berterusan pihak NAHRIM bagi memajukan lagi penyelidikan air negara melalui kerjasama dengan universiti tempatan bagi membangunkan lebih ramai tenaga pakar dan menghasilkan produk produk inovasi dalam bidang kejuruteraan air dan persekitarannya.

Turut hadir dalam majlis perasmian itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Abdul Rahim bin Nik dan Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Haji. Ahmad Jamalluddin Shaaban.


 
MKASarawakUpdate
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun