red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

‘Kami sedia bertindak’ - Oktober 2014

on . Posted in Keratan Akhbar 2014

 

‘Kami sedia bertindak’

Oleh Khairul Hamizy Ramlee

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kuala Terengganu: Kerajaan negeri sudah melaksanakan beberapa projek benteng menahan ombak antaranya di Kuala Terengganu, Kemaman dan Dungun.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Ir Rosli Othman berkata, ia tidak dibuat khusus untuk menahan ancaman kemungkinan kenaikan air laut, tetapi lebih kepada hakisan pantai akibat ombak kuat terutama pada musim tengkujuh.

“Sekiranya ada pembentangan dan perbincangan daripada pihak lain seperti dilaporkan Metro Ahad semalam (kelmarin) kami bersedia bekerjasama untuk mengambil tindakan selanjutnya demi kepentingan bersama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai 12 kawasan di seluruh negara termasuk lokasi sekitar muara Sungai Terengganu bakal tenggelam berikutan kenaikan paras air laut menjelang 2100 hasil kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Sementara itu, musim tengkujuh tidak lama lagi menyebabkan penduduk Kampung Tok Jembal, di sini, dilanda kebimbangan berikutan hakisan teruk di kampung mereka sejak lima tahun lalu.

Meskipun pelbagai langkah diambil kerajaan negeri sebelum ini untuk menyelamatkan Kampung Tok Jembal daripada terus terhakis, keadaan itu tetap berterusan hingga menyebabkan kemudahan awam dan gerai berhampiran dihanyutkan ombak dua tahun lalu.

Penduduk, Mohd Shamsudi Arifin, 41, berkata, masalah berkenaan semakin ketara sejak dua tahun lalu dan hakisan itu semakin menghampiri chalet di kampung berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:17 AM

http://www.hmetro.com.my/node/4410

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun