red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

JPS mahu teliti laporan NAHRIM - Oktober 2014

on . Posted in Keratan Akhbar 2014

JPS mahu teliti laporan NAHRIM

Alor Setar: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah akan meneliti laporan kajian Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung kenaikan paras air laut yang bakal menenggelamkan 12 daerah di negara ini khususnya di Kuala Muda.

Timbalan Pengarah JPS Kedah Zainal Fikri berkata, pihaknya akan membuat pemerhatian khusus bagi mengenal pasti fenomena berkenaan.

“JPS akan meneliti laporan NAHRIM. Kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan rasmi kerana apa-apa maklumat haruslah dengan kajian,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai 12 bandar di negara ini termasuk daerah Kuala Muda yang dikatakan bakal lenyap ditenggelami air pada 2100 kerana terjejas teruk akibat peningkatan paras air laut.

Kajian NAHRIM menyatakan kawasan Kuala Muda bakal ditenggelami air lebih kurang 0.25 meter sehingga satu meter dan akan menjejaskan penempatan nelayan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Oktober 2014 @ 5:16 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/4408#sthash.UwpuxSSK.dpuf

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun