red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

NAHRIM bantu petugas barisan hadapan (frontliner). 25 Mac 2020.

on . Posted in Arkib Berita 2020

azroie2

Shah Alam: Makmal Kualiti Air (MKA) dan Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mengambil inisiatif dalam membantu petugas barisan hadapan (frontliner) dalam menangani isu wabak Covid-19 dimana pada ketika ini mereka frontliner amat memerlukan sokongan dari semua pihak, dengan negeri Selangor merekodkan kes wabak Covid-19 yang tertinggi peringkat negeri setakat ini.

Inisiatif berbentuk sumbangan adalah dalam bentuk stok radas dan bahan pakai buang makmal seperti Face Mask, Latex Glove, Disposable Bag dan lain-lain, yang mana difikirkan boleh diguna pakai oleh mereka. Sumbangan diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan pegawai yang menerima adalah En. Mohamad Fauzan bin Safii, Penolong Pengarah Kanan JKNS dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pengurusan) En. Wong Kim Han @ Robert Wong menerusi aplikasi Whatsapp merakamkan ucapan Jutaan Terima Kasih kepada NAHRIM atas sumbangan yang diberikan.

Dengan pemberian sumbangan stok ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan dan melindungi petugas barisan hadapan daripada terdedah dengan jangkitan silang daripada pesakit-pesakit Covid-19.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjpp