red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Kualiti Air Kolam FRIM di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) Pada 18 April 2016.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2016

  Majlis Perasmian Projek Pemuliharaan Kualiti Air Kolam FRIM telah diadakan dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Licuala, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 18 April 2016 dan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban dan Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr. Abdul Latif Mohmod. Objektif utama majlis ini adalah untuk merasmikan kolam FRIM bersebelahan Masjid Jamek FRIM yang telah dipulihara kualiti airnya oleh NAHRIM dengan usahasama FRIM serta penyerahan dokumen prosedur operasi standard (SOP) oleh NAHRIM kepada FRIM.

  Atas permintaan oleh mantan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Dato’ Sri Zoal Azha bin Yusof pada tahun 2013, Projek Pemuliharaan Kualiti Air Kolam FRIM merupakan projek penyelidikan kolaborasi antara NAHRIM dan FRIM. NAHRIM bersama FRIM telah menyahut cabaran tersebut dalam pemuliharaan kualiti air kolam FRIM bermula bulan Oktober 2014 dan berakhir pada bulan Disember 2014. Objektif utama projek ini adalah memulihara dan meningkatkan kualiti air Kolam FRIM yang asalnya hypereutrofik (kandungan klorofil-a yang tinggi), tinggi dengan nutrien, air kolam yang stagnant, rendah oksigen terlarut dan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Selepas pemuliharaan, kolam tersebut menunjukkan pengurangan dalam kandungan klorofil-a sebanyak 85% dan nutrient sebanyak 70%, peningkatan dalam peredaran air kolam serta kandungan oksigen terlarut yang lebih tinggi pada waktu malam. Projek penyelidikan kolaborasi NAHRIM-FRIM ini mengalakkan NAHRIM untuk terus maju dan terlibat lebih giat lagi dalam usaha-usaha pemuliharaan seperti ini serta mengeratkan lagi kolaborasi penyelidikan di antara NAHRIM dan FRIM pada masa hadapan.
frim2016 1Penyerahan dokumen prosedur operasi standard (SOP) pemuliharaan kualiti air kolam FRIM
oleh Ketua Pengarah NAHRIM kepada Ketua Pengarah FRIM.

frim2016 2Penyerahan cenderahati oleh Ketua Pengarah FRIM kepada Ketua Pengarah NAHRIM.

frim2016 3
Perasmian Projek Pemuliharaan Kualiti Air Kolam FRIM oleh Ketua Pengarah NAHRIM. 

 frim2016 4
Sesi lawatan tapak di Kolam FRIM.

frim2016 5
Kolam FRIM bersebelahan Masjid Jamek.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun