red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis Pelancaran dan Perasmian Rakan NRE-Peningkatan Aras Laut (SLR) di Pantai Puteri, Kampung Santubong, Kuching Pada 9 April 2016 oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2016

  Majlis perasmian dan pelancaran Rakan NRE – Peningkatan Aras Laut (SLR) telah diadakan pada 9 April 2016 di Pantai Puteri, Kampung Santubong, Kuching. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan diikuti dengan ucapan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Alam Sekitar Sarawak, YB Datu Haji Len Talif Salleh. Sejurus ucapan tersebut, program diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berhormat Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Bin Tuanku Jaafar sekaligus merasmikan program ini.

  Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menjalin hubungan dua hala antara masyarakat dan agensi kerajaan dalam memberi kesedaran serta maklumat berkaitan impak peningkatan aras laut terhadap sosioekonomi penduduk terutamanya yang tinggal di pesisiran pantai. Selain itu, program ini juga menyebarkan maklumat kepada masyarakat mengenai impak kenaikan aras laut terhadap kehidupan seharian. Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh NAHRIM, dianggarkan seramai 1.5 juta penduduk seluruh Malaysia bakal terjejas akibat peningkatan aras laut menjelang tahun 2100. Unjuran kajian ini juga mendapati seramai 90,000 orang penduduk Sarawak akan terjejas pada 2060 dan jumlah berkenaan akan bertambah kepada 200,000 orang penduduk pada tahun 2100 jika tiada sebarang tindakan adaptasi dan mitigasi diambil.

  Program berkenaan telah dihadiri lebih dua ratus tetamu yang terdiri daripada beberapa jabatan dan agensi di bawah NRE, wakil daripada jabatan-jabatan kerajaan negeri Sarawak dan penduduk setempat. Selain itu, YB Menteri turut menyampaikan watikah perlantikan dan cenderahati kepada sembilan orang rakan perintis program ini dan suatu sidang akhbar kemudiannya telah dijalankan sebelum makan tengahari. Mengikut pelaksanaan, sembilan orang wakil yang telah dilantik ini bertanggungjawab untuk melapor dan memantau keadaan kenaikan aras laut di pesisiran pantai kampung masing-masing. Pemantauan dan input daripada pemerhatian rakan NRE ini akan digunakan oleh pihak NAHRIM untuk menyediakan Pelan Adaptasi Peningkatan Aras Laut bagi negeri Sarawak dan juga semua negeri dalam Malaysia.

  Berdasarkan maklumbalas daripada tetamu yang hadir, program ini sedikit sebanyak telah memberi kesedaran awam mengenai langkah-langkah keselamatan dan juga dapat memastikan kebajikan penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pesisiran pantai. Pemantauan secara berkala terhadap fenomena ini dapat menjamin kesejahteraan penduduk Malaysia baik dari segi sosioekonomi, alam sekitar dan aktiviti sosial yang akan diwarisi oleh generasi yang akan datang.

rakan-nre-2016-1

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun