red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara NAHRIM-UKM Bertempat di UKM Pada 3 Disember 2015.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

Pada 3 Disember 2015 yang lalu, NAHRIM telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM. MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBhg. Prof Datuk Dr Noor Azlan bin Ghazali, Naib Canselor UKM dan YBhg Datuk Ir Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM. Majlis tersebut telah disaksikan oleh Prof. Dato’ Ir Dr Abdul Wahab bin Mohammad, Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina dan Dr Saim bin Suratman, Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM. Majlis tersebut telah dihadiri oleh pegawai–pegawai kanan NAHRIM dan pegawai–pegawai kanan UKM.

MoU ini adalah untuk menjalankan usaha sama di dalam bidang-bidang seperti berikut:  

  1. Penggunaan fasiliti/instrumen bertaraf dunia;
  2. Kolaborasi penyelidikan;
  3. Perundingan dan khidmat nasihat;
  4. Penganjuran seminar/bengkel/persidangan/kursus pendek;
  5. Penyelidikan praktikum, latihan industri dan kerja lapangan;
  6. Penulisan dan penerbitan.

UKM1 2015

Sesi menandatangani dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) di antara NAHRIM dan UKM.

 

UKM2 2015

Pertukaran dokumen di antara YBhg. Datuk Ir Hj Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM
dan YBhg. Prof Datuk Dr Noor Azlan bin Ghazali, Naib Canselor UKM.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun