red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan YB Dato’ Sri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke NAHRIM, 9 Disember 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

  9 Dis 2013 – NAHRIM menerima kunjungan YB. Dato’ Sri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 9 Disember 2013. YB. Dato’ Sri Dr. James Dawos Mamit telah disambut oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM, Pengarah-pengarah Bahagian, Pusat Kajian dan Makmal serta pegawai-pegawai NAHRIM.

  Timbalan Menteri telah menyampaikan amanat beliau kepada semua warga NAHRIM yang hadir sebelum mendengar pembentangan Taklimat Korporat NAHRIM yang disampaikan oleh Ketua Pengarah NAHRIM. Timbalan Menteri dalam amanatnya berpesan agar warga NAHRIM meneruskan tugasan penyelidikan dengan tekun dan YB. Dato’ Sri sendiri akan sentiasa menyokong penyelidikan NAHRIM dengan cara membantu membawa hasil-hasil penyelidikan NAHRIM ke tahap perhatian yang lebih tinggi dalam Negara bagi membolehkan ianya dimanfaatkan.

 Timbalan Menteri turut berpeluang melawat ke Makmal Kualiti Air NAHRIM dan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi yang berupaya menjalankan kerja analisis, pemodelan dan penyelidikan. Timbalan Menteri juga berpeluang melawat ke Hadiqotul Ma’ bagi melihat hasil rawatan air dengan menggunakan kaedah Cleansing Biotopes yang mesra alam sebelum mengakhiri lawatan ke NAHRIM.

JamesDawosMamit NAHRIM2013
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, YB. Dato' Sri Dr. James Dawos Mamit (tiga dari kiri), serta Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban.

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun