red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal Meninjau Teknologi Biogas Kelolaan SP Multitech Renewable Energy Sdn. Bhd oleh Ketua Pengarah NAHRIM pada 16 Disember 2013

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

  Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, YBrs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban telah diadakan pada 16 Disember 2013 ke dua tapak loji biogas kelolaan SP Multitech Renewable Energy Sdn Bhd. Sesi lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkaitan operasi dan teknologi penghasilan biogas. Dua tapak projek telah dilawati iaitu ladang ternakan ayam di Pajam Negeri Sembilan dan ladang ternakan lembu di Semenyih.

  Lawatan ini turut disertai oleh pegawai kanan NAHRIM, Ir. Icahri Chatta, dari Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) Puan Syazrin Syima Sharifuddin, dari Makmal Kualiti Air (MKA) serta beberapa pegawai NAHRIM. Pihak SP Multitech Renewable Energy Sdn Bhd diketuai oleh Pengarah Urusannya, En William Tan serta beberapa pegawai atasan syarikat. Dalam lawatan tersebut, pihak SP Multitech Renewable Energy Sdn Bhd memberikan taklimat dan pembentangan berkaitan setiap peringkat serta fungsi yang terlibat dalam menghasilkan biogas tersebut. Secara ringkasnya, mikroorganisma digunakan untuk mencernakan bahan buangan organik kepada sumber tenaga baharu iaitu biogas melalui proses pencernaan anaerob. 70 tan najis ayam mampu menghasilkan 5000m³ biogas sehari dan 500kw tenaga elektrik. Bahan buangan organik yang telah dicernakan sepenuhnya keluar dari sistem biogas sebagai baja organik.

 Hasil perbincangan dan lawatan merumus kepada peluang kerjasama bagi menjalankan penyelidikan serta pembangunan produk berkaitan penghasilan biogas dari pelbagai sumber bahan organik. Potensi penyelidikan bukan sahaja menghasilkan sumber tenaga diperbaharui (gas metana dan elektrik untuk memasak), malahan dapat membantu meningkatkan kualiti air sungai, tasik dan empangan air melalui kitar semula bahan buangan organik di samping mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (metana).

WilliamLembuSemenyih

KajianPilot

Pembentangan ringkas dari En. William
semasa lawatan tapak di ladang ternakan lembu
di Semenyih.
Loji biogas –
kajian pilot menggunakan najis lembu.
 AyamPajamNS  PenghasilanBiogas
Perbincangan semasa lawatan tapak
di ladang ternakan ayam di Negeri Sembilan.
 Proses penghasilan biogas

 

BiogasBallon

Delegasi NAHRIM dan pegawai SP Multitech bergambar
di hadapan “Biogas Balloon”

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun