red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal Ketua Pengarah NAHRIM ke Ankara, Turki. 9 Oktober 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

    Pada 9 Oktober 2014, delegasi NAHRIM yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban bersama-sama Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Prof. Dr. Nasehir Khan E.M Yahaya membuat lawatan ke General Directorate of State Hydraulic Works (DSI), Middle East Technical University (METU), DOLSAR INC. CO., dan Pejabat Kedutaan Malaysia di Ankara, Turki.

    Delegasi NAHRIM seterusnya telah bertemu dengan Timbalan Ketua Pengarah DSI, En. Guven Karacuha bagi membincangkan kerjasama teknikal bersama DSI dalam penyediaan perancangan penyelidikan lembangan sungai, empangan hidro dan pembangunan modal insan.
 
    Semasa lawatan ke DSI, delegasi NAHRIM telah diperkenalkan kepada:
     1. En. Tuncer Dincergok, yang merupakan Timbalan Ketua Jabatan bagi Jabatan Empangan dan Loji Kuasa Hidroelektrik dan juga merupakan Ketua Setiausaha, Turkish Commission on Large Dams (TRCOLD). Beliau telah menyampaikan taklimat mengenai pembinaan empangan, loji kuasa hidroelektrik dan amalan pengurusan keselamatan empangan di Turki.
    2. Dr. Vehbi Ozaydin, yang merupakan Timbalan Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan Teknikal dan Kawalan Kualiti dan Dr. Gaglar Galatasaray menjelaskan tentang ujikaji skala-makmal dan simulasi menggunakan FLOW-3D.
     3. Dr. Hakan Aksu, Pengarah Bahagian Siasatan, Jabatan Perancangan dan Penentuan, Seksyen Aktiviti Hidrologi Antarabangsa memberi taklimat tentang penyediaan pelan induk dan laporan kelayakan bagi menentukan penyelesaian teknikal dan ekonomi yang optimum untuk projek sumber air di lembangan sungai.
     4. Delegasi NAHRIM kemudiannya membuat lawatan ke tapak pembinaan terowong air yang panjangnya 30km. Fungsi terowong tersebut adalah untuk mengatasi masalah banjir di Bandar Ankara. Terowong itu dibina untuk mengalirkan air secara efisien terutamanya air larian semasa hujan lebat dan pengaliran air akibat pencairan salji.
 
     Delegasi NAHRIM telah berkunjung ke Middle East Technical University, METU di Ankara. Prof. Dr. Ahmet Yalciner, Pengerusi Kejuruteraan Awam dan Pengarah Kejuruteraan Oseanografi memperkenalkan jabatannya dan beberapa makmal di METU.

      Makmal yang dikunjungi oleh delegasi NAHRIM:
         1. Makmal Pusat Penyelidikan Struktur dan Gempa Bumi
         2. Makmal Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Hidraulik
         3. Makmal Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Pantai

     Pada hari terakhir lawatan ke Ankara, delegasi NAHRIM dibawa ke DOLSAR Engineering INC. CO. yang merupakan perunding terkenal yang mempunyai pengalaman luas dalam merekabentuk dan membina loji kuasa hidro dan empangan. Delegasi DOLSAR yang diketuai oleh En. Sinan Aker, Timbalan Pengerusi Lembaga DOLSAR memberi taklimat mengenai rekabentuk empangan yang berskala besar.

     Delegasi NAHRIM juga telah mengunjungi Duta Besar Malaysia, En. Amran Mohamed Zin di Ankara. Diskusi ini adalah bagi menerangkan peranan NAHRIM dan tujuan perjalanan ke Turki.

      Lawatan teknikal ini telah mencapai objektif dalam mewujudkan hubungan dua hala antara DSI, METU, DOLSAR dan NAHRIM bagi kerjasama penyelidikan pada masa hadapan dalam bidang pengurusan lembangan sungai, empangan dan oseanografi.
ankara1

 ankara2

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun