red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Tapak Ketua Pengarah NAHRIM Untuk Meninjau Kerja-kerja Pengumpulan Data Marin di Kawasan Perairan Teluk Marudu Serta Lawatan Rasmi ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah. 25-26 Mac 2015.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

    Pada 25 Mac 2015, Ketua Pengarah (KP) NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban telah melakukan lawatan rasmi ke Perairan Teluk Marudu untuk meninjau sendiri kerja-kerja pengumpulan data marin yang dijalankan oleh Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi NAHRIM dari 9 hingga 27 Mac 2015. YBhg. Datuk KP telah diiringi oleh Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi, Ir. Hj. Mohd Radzi Bin Abd Hamid serta Pegawai Penyelidik Kanan, En. Amri Bin Md. Shah. Kerja-kerja pengumpulan data ini dilakukan untuk mendapatkan data fizikal marin (ketinggian ombak, kelajuan dan arah arus serta pasang surut) di kawasan hutan paya bakau yang terdapat di sekitar perairan Teluk Marudu. Dalam rangka lawatan 3 hari tersebut, YBhg. Datuk KP telah diperlihatkan bagaimana kerja-kerja pengambilan semula alat pengukur ombak dan arus yang telah dipasang di dasar laut selama 2 minggu di dua lokasi di sekitar perairan Teluk Marudu; dan seterusnya berjumpa dengan YB Datuk Masrani Parman, bekas ADUN N.03, Bengkoka untuk mendapatkan sedikit maklumat tentang sejarah kawasan perairan Teluk Marudu secara amnya; dan daerah Pitas, khususnya.

    Pada keesokan harinya, rombongan NAHRIM telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sabah yang terletak di Bangunan Persekutuan Mini Putrajaya, Jalan Sulaman. Dalam lawatan tersebut, YBhg. Datuk KP telah membentangkan fungsi dan peranan NAHRIM dalam konteks kajian yang berkaitan dengan air di Malaysia. Seterusnya, taklimat ringkas diberikan oleh daripada Pengarah Jabatan Alam Sekitar Sabah, YBhg. Datin Hajjah Hanili Binti Ghazali mengenai permasalahan dan isu-isu alam sekitar di negeri tersebut. Perbincangan adalah bertumpu kepada usaha untuk menyelesaikan isu-isu alam sekitar; antaranya adalah masalah effluent sisa kilang-kilang sawit ke dalam sistem sungai di negeri Sabah, Non-Industrial Waste seperti masalah pembentungan terutama kawasan-kawasan penempatan penduduk kerana masih menggunakan cara tradisional iaitu tangki septik persendirian; dan isu kualiti air di kawasan Sungai Tenegang, Sandakan yang mengalami fenomena lapisan minyak pada permukaan air yang mana penemuan awal JAS mendapati lapisan minyak tersebut bukan disebabkan oleh sisa kumbahan dari kilang sawit. Perbincangan diakhiri dengan majlis menandatangani buku lawatan dan seterusnya pertukaran cenderahati daripada kedua-dua belah pihak antara NAHRIM dan JAS Sabah.
 
kotamaruduBM

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun