Cetak

Lawatan Promosi NAHRIM ke Jabatan Alam Sekitar Malaysia, 29 November 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

  29 Nov 2013 – NAHRIM yang diketuai oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dengan diiringi oleh Dr. Saim bin Suratman, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi, Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd. Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi, Ir. Lee Hin Lee, Pengarah Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar, dan Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan bin E.M. Yahaya, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai serta beberapa Pegawai Penyelidik Kanan telah mengadakan lawatan ke Ibupejabat Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS) di Putrajaya. Delegasi NAHRIM disambut oleh Dato' Halimah Hassan, Ketua Pengarah JAS serta beberapa Pengarah Bahagian.

  Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan fasiliti serta kepakaran NAHRIM dalam projek-projek penyelidikan serta perundingan berkaitan alam sekitar dan kualiti air. Pembentangan tentang fasiliti dan kepakaran NAHRIM dibentangkan sendiri oleh Ketua Pengarah NAHRIM dan diikuti dengan perbincangan tentang potensi kerjasama penyelidikan antara kedua-dua jabatan.

 Lawatan ini berjaya memperkenalkan potensi NAHRIM dalam projek-projek kejuruteraan hidraulik yang berkaitan dengan alam sekitar, dan dalam masa yang sama memahami operasi Jabatan Alam Sekitar serta bidang-bidang penyelidikan yang berkait dengan NAHRIM.

JAS NAHRIMNov2013
Dari kiri: Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM, Dato’ Halimah bt Hassan,
Ketua Pengarah JAS.