red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Promosi NAHRIM ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 5 Februari 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  5 Feb 2014 - Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban bersama-sama dengan Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai, Pengarah dan Pegawai Penyelidik Kanan Bahagian Perancangan Korporat telah mengadakan lawatan ke Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

  Lawatan ini bertujuan untuk mempromosikan kemudahan serta kepakaran NAHRIM dalam projek-projek penyelidikan serta perundingan berkaitan kejuruteraan hidraulik dan hidrologi. Pihak DBKL yang diketuai oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Datuk Hj. Mohd Najib bin Hj. Mohd, Timbalan Ketua Pengarah (Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan) serta beberapa pegawai kanan telah sudi meluangkan masa mendengar pembentangan NAHRIM.

 Lawatan ini secara umum telah Berjaya mengetengahkan kepakaran NAHRIM dalam bidang-bidang berkaitan air, secara spesifik berkaitan pemuliharaan kualiti air sungai dan tasik, Sistem Penuaian Air Hujan dan Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan Bersepadu.

NAHRIM DBKL2014 1
Sesi perbincangan antara kedua-dua pihak.
 
NAHRIM DBKL2014 2
Penyerahan cenderahati oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban
kepada YBhg. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun