Cetak

Lawatan Promosi NAHRIM ke Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya pada 18 Februari 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  18 Februari 2014 – NAHRIM yang diketuai oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dengan diiringi oleh Ir. Mohd Zaki bin Mat Amin, Pengarah Pusat Kajian Sumber Air dan Perubahan Iklim, En. Saiful Bahri bin Hamzah, Pengarah Bahagian Perancangan Korporat serta beberapa Pegawai Penyelidik Kanan telah mengadakan lawatan ke Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Jabatan Kerja Raya (JKR). Delegasi NAHRIM disambut oleh YBhg. Datuk Ir. Dr. Ab. Aziz bin Hj. Arshad. Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan.

  Lawatan ini adalah bertujuan untuk mempromosikan kepakaran NAHRIM dalam Adaptasi Perubahan Iklim terutamanya mereka bentuk Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH). Taklimat ringkas berkenaan Sistem Penuaian Air Hujan disampaikan oleh Ketua Pengarah NAHRIM sebelum diikuti dengan perbincangan ringkas.

 Lawatan ini berjaya memperkenalkan potensi NAHRIM dalam membantu mereka bentuk SPAH untuk projek-projek JKR, dan dalam masa yang sama memahami fungsi Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan.

JKR2014 1
Dari kanan: YBhg. Datuk Ir. Dr. Ab. Aziz bin Hj. Arshad, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Awam Struktur dan Jambatan
dan YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM.
 
JKR2014 2
Pegawai NAHRIM.
 
JKR2014 3
Pegawai JKR.
 
JKR2014 4
Penyerahan cenderahati oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban
kepada YBhg. Datuk Ir. Dr. Ab. Aziz bin Hj. Arshad.