red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Pahang ke NAHRIM pada 23 Mei 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  23 Mei 2014 - NAHRIM menerima kunjungan YB. Dato' Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd. Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Negeri Pahang pada hari ini. YBhg. Dato’ Hj. Zulkefli bin Hassan, Pengarah JPS Pahang dan En. Rizal bin Mustafa, pegawai Badan Kawal Selia Air Pahang turut mengiringi lawatan berkenaan. YB. Dato' telah mendengar taklimat korporat yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM.

  Beliau dibawa melawat ke pameran bagi melihat produk-produk inovasi NAHRIM, antaranya NIDS yang bakal dipasang di Cameron Highlands sebagai salah satu komponen kepada Pelan Pengurusan Kawasan Tadahan. Kemudiannya, beliau dibawa melihat fasiliti-fasiliti Makmal Hidraulik dan Instrumentasi termasuk projek pemodelan fizikal Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak. 

   Lawatan ke Makmal Kualiti Air di mana beliau diberi penerangan tentang NBIOF iaitu produk inovasi mesra alam yang berfungsi merawat kualiti air mengakhiri lawatan ke NAHRIM.  
KPcenderahati
YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban,
menyerahkan cenderahati kepada YB. Dato' Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd. Razak.
 
PahanglawatMHI
YB. Dato' Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd. Razak
melawat ke Projek Pemodelan Fizikal, Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak.
 
PahanglawatMKA
 YB. Dato' Ir. Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Abd. Razak
mendengar penerangan tentang produk NBIOF di Makmal Kualiti Air.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun