red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar ke NAHRIM pada 4 Jun 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  4 Jun 2014 - NAHRIM menerima kunjungan YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 4 Jun 2014 sempena Mesyuarat Pasca Kabinet yang diadakan di NAHRIM. Lawatan dimulakan dengan taklimat korporat NAHRIM yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM. Datuk Seri kemudiannya dibawa melihat fasiliti makmal termasuk projek pemodelan fizikal Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak sebelum merasmikan Flum. Flum yang merupakan fasiliti terkini berukuran 100 meter itu berupaya menjana ombak dan arus untuk menguji reka bentuk & kestabilan struktur pantai dan luar pesisir. Selain boleh dinaik taraf dengan 'penjana tsunami' untuk menghasilkan ombak besar tsunami dan kajian yang berkaitan. Ia juga membolehkan kajian ke atas impak kesan gelombang, kerukan, kapasiti aliran, dan lain-lain dalam sungai dan kawasan pantai, termasuk menjalankan tentukuran alat kajian hidrografi. Majlis diakhiri dengan sesi minum petang bersama warga NAHRIM.

MenteriNRE
YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
KPcenderahatiMenteriNRE
YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM
menyerahkan cenderahati kepada YB. Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.
 
MenteriLawatMHI
 YB. Datuk Seri G. Palanivel, melawat ke Projek Pemodelan Fizikal,
Rancangan Tebatan Banjir Sg. Sarawak.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun