red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Lawatan Teknikal Ketua Pengarah NAHRIM ke Commonwealth Scientific and Industrial Research Organisation (CSIRO), Tasmania Australia 16 – 22 Mac 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

  Pada 16 hingga 22 Mac 2014, delegasi NAHRIM yang diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban bersama Pengarah Pusat Kajian Pantai Dan Oseanografi (PKPO), Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd. Hamid telah mengadakan lawatan teknikal ke Commonwealth and Scientific Industrial Research Organisation(CSIRO), Hobart - Tasmania, Australia. Tujuan lawatan adalah untuk menjalin hubungan serta kerjasama dengan pihak CSIRO dalam cadangan kajian semula impak perubahan iklim terhadap kenaikan aras laut bagi pesisir pantai Malaysia dan pembinaan modal insan.

  Dalam perjalanan ke Tasmania, pada 17 Mac, 2014 delegasi NAHRIM telah sempat mengadakan perbincangan serta mendengar taklimat dari Dr. Andrew , Dr Christine dan Mr Warwick dari Water Technology, Melbourne yang berpengalaman menjalankan kajian kesan kenaikan aras laut serta adaptasi di Western Port dan 90 Mile Beach, Victoria. Victoria merupakan salah sebuah negeri dalam Australia dijangka menerima kesan perubahan iklim terhadap kenaikan aras laut. Pengalaman dalam menangani masalah penanaman semula bakau dan adaptasi di pantai Victoria juga telah sempat dibincangkan bersama.

 Pada 18 Mac, 2014 delegasi NAHRIM telah bertolak ke Hobart, Tasmania dan keesokannya pada 19 Mac, 2014 telah menaiki kereta selama 4 jam ke Table Cape di utara Tasmania untuk melawat ke pusat tadahan serta pengumpulan Tasmania Rainwater. Setelah bertemu dengan Mr Allan Page pemilik Tasmania Rainwater, delegasi NAHRIM telah dibawa ke lokasi tadahan dan pengumpulan air hujan untuk sessi taklimat. Perbincangan serta penerangan dari Mr Allan Page bagaimana sistem berfungsi merupakan pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna dalam usaha NAHRIM untuk mengeluarkan produk yang seumpama kelak.

  Seterusnya perbincangan, lawatan serta sessi taklimat bersama pihak CSIRO - Dr. John Church, Dr. Kathy, Dr. Keith, Dr. Peter Oke dan Dr. Ian Cresswell telah berlangsung selama dua hari iaitu dari 20-21 Mac 2014. Pada hari pertama pertemuan awal deligasi NAHRIM telah dibawa menaiki cruise mengikuti lawatan bersama ke pantai Peppermint Bay untuk meninjau kawasan hakisan serta kesan kenaikan aras laut dan kerja-kerja adaptasi. Semasa lawatan sesi taklimat dan penerangan informal turut juga diadakan bagi menjelaskan kesan perubahan iklim yang turut dirasai di Australia.

  Pada hari kedua perbincangan delegasi NAHRIM telah diminta untuk memberikan taklimat ringkas pengenalan organisasi NAHRIM serta aktiviti yang dilaksanakan. Kemudiannya perbincangan adalah bertumpu kepada cadangan kerjasama NAHRIM dengan CSIRO yang diperlukan untuk menilai semula kesan perubahan iklim terhadap kenaikan aras laut di pesisir pantai Malaysia serta adaptasi berdasarkan penemuan terbaharu IPCC - AR5.

   Kesimpulannya lawatan teknikal ini telah mencapai objektif utama di mana pengurusan NAHRIM telah pun berjaya merintis hubungan dua hala dengan pihak CSIRO untuk meneruskan kerjasama penyelidikan dalam kenaikan aras laut dan oseanografi yang lebih aktif serta effisien di masa hadapan. Selain dari itu peluang bertemu pihak Water Technology, Melbourne dan Tasmania Rainwater adalah suatu bonus tambahan untuk ilmu serta pengalaman yang berharga kepada NAHRIM dalam langkah adaptasi di pantai dan pengkomersialan produk air hujan.
Tasmania2014 1
 
Tasmania2014 2
 
Tasmania2014 3
 
Tasmania2014 4 1
 Bergambar kenangan di lobi hadapan pejabat CSIRO pada hari akhir sesi perbincangan 21 Mac 2014.
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun