red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Lawatan ke Tasik Chini dan Loji Rawatan Air Nenasi, Pekan Pahang. 20 – 21 Ogos 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

    Lawatan kerja delegasi dari NAHRIM yang terdiri daripada 10 orang peserta ke tasik Chini dan loji air Nenasi, Pahang telah diadakan pada 20-21 Ogos 2014. Lawatan ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah NAHRIM, Dr. Saim Suratman. Lawatan ini juga disertai oleh kakitangan daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pahang. Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk:

  • menilai status terkini dan mengkaji punca yang menyumbang kepada kemerosotan kualiti air tasik;
  • menentukan lokasi yang sesuai untuk pembinaan telaga pemantauan di Tasik Chini; dan
  • mengetahui kaedah rawatan air tanah dan masalah utama yang sering di hadapi di loji rawatan air.
    Lawatan ini dibuat memandangkan tasik ini merupakan tapak warisan yang mempunyai kepentingan sosio-ekonomi seperti rekreasi, eko-pelancongan dan sumber perikanan air tawar dan ekologi dan juga merupakan rizab biosfera UNESCO yang pertama di Malaysia. Oleh yang demikian, langkah-langkah pengurusan mapan akan dikenal pasti untuk dilaksanakan agar ianya terpelihara dan lestari.
 
    Manakala, lawatan ke loji air Nenasi pula adalah penting bagi mengetahui kaedah yang digunakan untuk merawat air tanah untuk bekalan air minuman dan juga perancangan pembangunan sumber air tanah. Oleh yang demikian, aktiviti abstraksi air tanah yang terkawal adalah perlu agar kualiti dan kuantiti adalah terjamin pada masa akan datang memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan garis pantai.
 
NenasiBM
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun