red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Bengkel Kajian Impak Kenaikan Aras Laut Terhadap Aktiviti Pelancongan dan Ekonomi di Langkawi, Kedah. 4 November 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

    Bengkel telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh YBrs. Dr. Yusof bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Seterusnya bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Ucaptama bagi bengkel ini telah disampaikan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Oseanografi (PKPO) dengan tajuk Kajian Impak Kenaikan Aras Laut di Malaysia. Objektif bengkel ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada pihak-pihak yang berkepentingan tentang keadaan semasa kenaikan aras laut dan kesannya terhadap Pulau Langkawi. Sebanyak tujuh pembentangan, di mana enam di antaranya daripada pihak NAHRIM dan satu daripada LADA. Senarai pembentangan adalah seperti di bawah:-

   

           Nama Pembentang

Tajuk Pembentangan

  • Encik Wan Hafiz Bin Wan Azhary (NAHRIM)

Pengumpulan Data Marin

  • Engr. Yannie Anak Benson (NAHRIM)

Analisis Pemodelan Numerikal

  • Encik Amri Bin Md Shah (NAHRIM)

Coastal Vulnerability Index (CVI)

  • Encik Md Khairi Bin Yaacob (NAHRIM)

Kajian Impak dan Adaptasi dan

Kajian Pemodelan Projek CIQ

  • Puan Ikmalzatul Binti Abdullah (NAHRIM)

Impak Kenaikan Aras Laut kepada Bakau, Kajian Kuala Teriang

  • Encik Azmil Munif Bin Bukhari (LADA)

Taklimat Blueprint Pelancongan Langkawi


 
    Pembentangan dan soal jawab sesi pagi telah dipengerusikan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd Hamid. Pembentangan dan soal jawab sesi petang pula telah dipengerusikan oleh Puan Noraslinda binti Awang. Jumlah penyertaan adalah sekitar 50 orang daripada pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan pihak industri seperti Lembaga Pembangunan Langkawi, Majlis Perbandaran Langkawi, Jabatan Kerja Raya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Jabatan Pertanian Malaysia, Jabatan Muzium Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Malaysian Association of Hotels dan Persatuan Pencinta Alam.

   Berdasarkan maklum balas daripada peserta, kajian impak kenaikan aras laut adalah penting kepada pihak berkepentingan di Pulau Langkawi memandangkan ianya merupakan salah satu pulau pelancongan yang terkenal di dunia. Kenaikan aras laut akan memberi impak kepada beberapa lokasi yang telah pun dikenal pasti. Susulan itu, bagi menangani kesan impak tersebut, beberapa langkah adaptasi telah pun dicadang untuk dilaksanakan oleh jabatan-jabatan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan. Kebanyakan peserta juga bersetuju supaya kajian peningkatan aras laut perlu diteruskan di masa yang akan datang.

LADABM1

LADABM2

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun