red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Kongres IAHR Sedunia Ke-35. 7-11 September 2013. Chengdu, China.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

 Chengdu2013 Kongres IAHR Sedunia Ke-35
7-11 September 2013
Chengdu, China.

Kongres IAHR Sedunia Ke-35 telah berlangsung pada bulan September 2013 di Chengdu, China. Kongres berprestij ini dianjurkan bersama oleh Ministry of Water Resources of People’s Republic of China (MWR) dan International Association for Hydro-Environment Engineering and Research (IAHR).

Kongres tersebut telah diilhamkan oleh ahli falsafah Confucius (551-479 SM) bahawa "kebijaksanaan dalam mencari keseronokan bersama air" dan ianya adalah fokus pada enam tema yang bertajuk: Kejuruteraan Air dan Tamadun; Persekitaran Air; Hidraulik Fluvial dan Pengurusan Sungai; Hidraulik Maritim dan Kejuruteraan Pantai; Sumber Air dan Hidro-Informatik; dan Perubahan Iklim dan Tebatan Bencana.

Kongres ini telah berjaya menarik minat jurutera/saintis dalam bidang air dan alam sekitar untuk berkongsi pengetahuan dan bertukar pendapat. Kongres ini turut memberi kenangan dan pengalaman kepada setiap peserta khususnya dalam bidang kejuruteraan dan penyelidikan persekitaran air. Lawatan teknikal telah diadakan ke Projek Pengairan Dujiangyan, salah satu sistem pengairan yang tertua di dunia dan berusia lebih daripada 2200 tahun.

Ir. Dr. Teo Fang Yenn dari Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menghadiri Kongres ini dan membentangkan kertas-kertas penyelidikan untuk berkongsi sebahagian pengalaman di Malaysia dalam bidang kejuruteraan dan penyelidikan persekitaran air. Kertas kerja yang dibentangkan adalah seperti berikut:

  • • Teo F.Y., Liew Y.S., Falconer R.A., and Lin B.L. (2013). Estimation of flood hazard risk relating to vehicles, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-8.
  • Teo F.Y., Liew Y.S., Falconer R.A., and Lin B.L. (2013). Flood hazard assessment of vehicle blockages at bridges, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-8.
  • Liew Y.S., Teo F.Y., Mat Jusoh A., Mohammed Jaafar A.S., and Nassir Bidin M.A. (2013). Assessment on the potential of erosion and sedimentation due to proposed flood mitigation works in Sarawak River, Malaysia, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-10.
  • Liew Y.S., and Teo F.Y. (2013). A potential 2D hydrodynamic approach in flood mapping: case study of Muar River Basin, Malaysia, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-8.
  • Abdillah N., Teo F.Y., Mat Jusoh A., Fauzi M. F., Mat Hassan A.M., and Darus A. (2013). Model assessment of water quality in Sarawak River, Malaysia, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-9.
  • Abdillah N., and Teo F.Y. (2013). Water quality assessment of Sri Serdang Pond, Malaysia, Proceedings of 35th IAHR World Congress, China, 1-8.

 

 

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun