red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Kejayaan NAHRIM Menggondol Dua(2) Pingat Emas Untuk Produk NIDS dan NBIOF di International Trade Fair “IDEAS – Inventions New Products” IENA, di Nuremberg, Jerman. 31 Oktober – 3 November 2013.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2013

  Penyertaan di iENA disertai pelbagai agensi swasta, kerajaan dan universiti dari seluruh dunia seperti Jerman, Croatia, Korea, China, Austria, Poland, Ukraine, Rusia, United Kingdom, Belgium, Holland, France, Bosnia, Turkey, Taiwan, dan Kanada. Pada pertandingan ini hampir 900 produk pelbagai kategori dipertandingkan.

  Malaysia disertai oleh NAHRIM, UIAM, USM, UNIMAP, MARDI, UMT, UTP, UNIMAS, UTM,UMS, MARA dan JKR. Keseluruhan 47 produk pelbagai kategori dari Malaysia dipertandingkan. NAHRIM telah diwakili oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah dan Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai. NAHRIM telah mempertandingkan dua (2) produk iaitu NIDS(Nahrim Integrated Drainage System) dan NBIOF (Nahrim Bio Flocculant). Kedua-dua produk ini telah berjaya menggondol dua(2) pingat emas di pertandingan tersebut.

 NIDS adalah satu sistem perparitan generasi ketiga iaitu selepas perparitan tanah dan konkrit dimana NIDS mempunyai kemudahan rawatan sisa pepejal iaitu memerangkap sampah-sarap, endapan dan minyak dan merawat sisa terlarut serta kemudahan meresapkan ia ke simpanan air bumi. Lebihan air larian permukaan yang melalui proses rawatan dan resapan akan mengalir ke sistem sungai yang berdekatan. Oleh yang demikian, kualiti dan kuantiti air larian permukaan adalah terkawal sebelum dilepaskan ke sistem penerimaan air sebelum seterusnya impak banjir dan pencemaran sungai dapat di kurangkan pada tahap yang paling minima.

 NBIOF adalah bahan semulajadi gantian untuk alum (Aluminium Oksid) yang lebih mesra alam yang digunakan bagi merawat air minuman untuk proses flokulasi beban terampai.

iENA2013 nasehir KP
Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya,
Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai di hadapan pintu masuk IENA 2013.

 

iENA2013 nasehir terang

Dari kanan: Prof. Madya Dr. Ratnasamy Muniandy Penyelaras IENA di Malaysia, Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya
dan juri semasa sesi penilaian juri.

iENA2013 nasehir KP menang
Dari kanan: Prof. Ir. Dr. Nasehir Khan E.M. Yahaya, Pengarah Pusat Kajian Lembangan Sungai,
Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM
dan wakil IENA 2013 semasa majlis penyampaian hadiah.
 
NIDSGOLDMEDAL2013

Add comment


Security code
Refresh

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun