Perhimpunan Bulanan Bil. 10/2011
UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM PERHIMPUNAN BULANAN BIL 10/2011 PADA 20 Oktober 2011 Terima kasih Saudari Pengacara Majlis Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
1. Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 10/2011.
2. Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.
Ucapan Tahniah atas Penganjuran Seminar dan Bengkel
Penilaian ini telah diumumkan pada 30 September 20011.
3. Sepanjang Bulan September hingga Oktober yang lalu beberapa aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:
Lawatan tersebut pada 3 – 4 Oktober 2011 yang disertai bersama Pengarah Pusat Kajian Pantai dan Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi serta pegawai-pegawai MHI.
iii) Karnival Komuniti Paya Indah Wetland Pameran sempena Karnival Komuniti Paya Indah Wetland anjuran Perhilitan yang telah diadakan pada 8 dan 9 Oktober 2011 di Paya Indah Wetland yang melibatkan beberapa pegawai Pusat Kajian Kualiti Air dan Alam Sekitar dan Bahagian Perancangan dan Penilaian
iv) Minggu Alam Sekitar NRE Minggu Alam Sekitar NRE yang telah diadakan pada 18 hingga 19 Oktober 2011 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu di mana NAHRIM terlibat di dalam anjuran pameran yang diadakan.
MESYUARAT KETUA-KETUA JABATAN 4. Saya juga ingin memetik perutusan Yang Berbahagia Dato’ KSU dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan yang diadakan pada 28 September 2011.
(1) Indeks Akauntabiliti
YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa NRE telah mencapai penarafan empat (4) bintang dengan menduduki tempat pertama dalam Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang dikeluarkan
oleh Jabatan Audit Negara sempena Hari Audit Se-Malaysia pada 27 September 2011.
(2) Pemenang Cabaran PEMUDAH: Musim Kedua
YBhg. Dato’ Pengerusi memaklumkan bahawa Kementerian ini telah menghantar sebanyak 826 penyertaan dalam Cabaran PEMUDAH: Musim Kedua yang telah diadakan pada 1 hingga 30 April 2011. Sebanyak sembilan (9) penyertaan dari NRE telah berjaya memenangi cabaran ini dan menerima hadiah sebanyak RM1,000 dari pihak PEMUDAH iaitu dari JUPEM, BPKN (NRE), JPS, FRIM dan INSTUN. Walau bagaimanapun, saya merakamkan tahniah kepada warga NAHRIM yang telah menghantar penyertaan dan berharap NAHRIM akan tersenarai sebagai pemenang pada masa akan datang
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH 4. Selain itu, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah di :
HARI INOVASI NRE
Warga NAHRIM sekalian, 5. Sempena Hari Inovasi NRE:
i) NAHRIM telah menerima lawatan bagi Penilaian Anugerah Penarafan Bintang (Star Rating) yang diadakan pada 5 Oktober 2011 yang melibatkan 10 pegawai dari NRE
ii) NAHRIM juga telah menerima lawatan bagi penilaian bagi Pertandingan Kempen NRE Goes Green yang diadakan pada 14 Oktober 2011.
LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN PENGGUNAAN TENAGA ELEKTRIK DAN AIR
6. Saya juga ingin mengingatkan warga NAHRIM sekalian berkenaan langkah-langkah penjimatan penggunaan elektrik dan air di mana setiap warga NAHRIM bertanggungjawab di dalam:
10.Lapor kerosakan segera kepada pegawai yang bertanggungjawab sekiranya “Rain Water Harvesting System ” mengalami kerosakan.
PERSEDIAAN AUDIT AMALAN 5’S DI NAHRIM
7. Untuk makluman Warga NAHRIM sekalian, Mini Konvensen 5’S akan diadakan pada 31 Oktober 2011 di NRE, Sehubungan dengan itu, sekiranya NAHRIM mendapat ranking no. 1 – 5 maka audit 5S akan diadakan di NAHRIM pada awal November 2011 yang mana penilai tersebut terdiri daripada juru audit 5S NRE, MPC dan SIRIM.
Manakala untuk renew lesen 5S NAHRIM yang telah tamat tempoh pada bulan 7Julai 2011 akan dinilai pada awal November 2011. Penilaian ini akan di nilai oleh MPC bagi menentukan sama ada NAHRIM layak ataupun tidak. Sehubungan dengan itu, saya menyeru Warga NAHRIM sekalian bagi:
Penutup Warga NAHRIM sekalian, 6. Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan Bulanan pada kali ini. Kata-kata hikmah dari Ali RA
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T. |