Perhimpunan Bulanan Bil. 11/2011
UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2011 PADA 23 November 2011 Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
1. Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 11/2011.
2. Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir. Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah di atas penerimaan pensijilan semula 5S dari MPC pada 2 November lalu.
Ucapan Tahniah atas Penganjuran Aktiviti, Seminar dan Bengkel 3. Sempena Sambutan Hari Inovasi NRE 2011 telah diadakan pada 14 November 2011 di Dewan Baiduri NRE di mana NAHRIM telah memenangi beberapa anugerah antaranya adalah:
Secara khusus saya ucapkan ribuan terimakasih kepada:
(i) Warga BTMK, BPP dan BKP (ii) Ahli Kumpulan Nasyid NAHRIM 'Soutul Imtias' (iii) AJK Penyelenggaraan Laman Web NAHRIM dan BTMK (iv) Kumpulan KIK NAHRIM dan Warga MHI (v) Kumpulan Koir NAHRIM seramai 20 orang daripada semua Pusat Kajian, Makmal dan Bahagian (vi) AJK Pameran NAHRIM untuk Hari Inovasi 2011 NRE Saya harap usaha gigih 1NAHRIM ini di teruskan di masa masa akan datang untuk kejayaan yang lebih hebat lagi insha Allah.
4. Sepanjang Bulan Oktober hingga November pelbagai aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:
Ucapan terima kasih secara khusus juga kepada semua AJK Pameran NAHRIM yang telah menyumbangkan tenaga dan idea untuk kejayaan Kedua-dua Pameran tersebut.
Ibadah Korban NAHRIM 2011/1432H yang telah diadakan pada 9 November 2011. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa Pengurusan Surau NAHRIM dan semua yang sempat meluangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Diharap Majlis sebegini mendapat sambutan yang lebih baik oleh warga NAHRIM pada aktiviti seterusnya yang secara tidak langsung dapat mengeratkan silatulrahim antara kita semua.
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH 5. Selain itu, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah antaranya adalah :
iii) Lawatan ke Taman Negara Pahang, Kuala Tahan pada 8 November lalu bersama Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Sungai Selain itu, NAHRIM telah menerima satu Lawatan Muhibbah dari MD. HR. Wallingford Dr. Jane Smallman ke Makmal Hidrailik dan Instrumentasi Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM Awal Muharam Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian 6. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam 1433H yang akan disambut tidak lama lagi pada 27 haribulan November ini. Maal Hijrah atau awal muharam merupakan permulaan tahun baru bagi takwim Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 Masihi.
Selain itu, ianya merujuk kepada peralihan dari sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik dan sempurna. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana mununtut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian,
Awal Muharam bukanlah untuk berehat dari kerja atau bercuti atau perayaan semata-mata tetapi adalah untuk kita memperkukuhkan nilai-nilai dan keazaman kita, mempertingkatkan keupayaan kita dalam semua bidang. Jika kita pelajar maka kita perlu belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika kita pekerja maka kita perlu kerja dengan jujur dan dedikasi. Jika kita peniaga kita perlu menjaya dan mempertingkatkan perniagaan dan perusahaan kita. Jika kita pemimpin kita perlu menumpukan lebih banyak tenaga dan usaha dalam membentuk satu masyarakat Islam yang dihormati oleh semua pihak. Pendek kata Awal Muharam adalah satu hari untuk memperbaharui azam dan tekad sebagai orang Islam yang committed kepada kebesaran agama Allah SWT dan kesejahteraan penganut-penganutnya.
Dengan ini saya mengucap selamat mencontohi semangat penghijrahan dalam semua perjuangan hidup dan mati kita. Mudah-mudahan kita akan mendapat nikmat daripadanya; Insyaallah.
Penutup Warga NAHRIM sekalian, 7. Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin berkongsi beberapa rangkap pantun untuk semua warga NAHRIM. Jikalau tuan mengangkat besi, Tolong masukkan segala barang, Jikalau warga NAHRIM bersatu-hati, Kerja yagn susah menjadi senang.
Berakit-raki ke hulu berenang-renang ke tepian, Bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Pantai Bidara di negeri Melaka, Pantainya bersih sangat masyhur, Pohonkan doa kepada yang Berkuasa, Agar NAHRIM maju dan makmur.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T. |