Perhimpunan Bulanan Bil. 12/2011
UCAPAN YANG BERBAHAGIA KETUA PENGARAH NAHRIM PERHIMPUNAN BULANAN BIL 12/2011 PADA 14 Disember 2011 Terima kasih diucapkan kepada Saudari Pengerusi Majlis Yang dihormati Pengarah-Pengarah Pusat Kajian dan Bahagian Pegawai-Pegawai Penyelidik Kanan Seterusnya, Warga NAHRIM yang dikasihi sekalian Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia
1. Syukur alhamdulillah kerana sekali lagi kita dapat berkumpul pada pagi ini, bagi menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan bil 12/2011.
2. Terima kasih, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua yang hadir.
3. Sepanjang Bulan November hingga Disember pelbagai aktiviti dan penganjuran telah berjaya disempurnakan oleh Pusat Kajian /Bahagian iaitu:
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH 4. Selain itu, saya dan beberapa orang pegawai NAHRIM telah mengikuti Lawatan Kerja Ketua Pengarah antaranya adalah : i- Lawatan kerja ke Ranhill pada 23 November 2011 bersama beberapa pengarah Pusat Kajian dan pegawai BPP; dan ii- Lawatan Projek SPAH Sekolah Menengah Kebangsaan Sapulut, Nabawan, Sabah pada 1 – 3 Disember 2011 bersama beberapa pegawai PKSA.
Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan, yang terlibat dalam menyertai program luar, dan menjayakan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NAHRIM. Semua maklum tentang skim baru yang diperkenalkan oleh JPA iaitu SBPA yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2012. Sebentar lagi Puan Reni, Pengarah BKP akan memberikan sedikit taklimat mengenai SBPA ini secara ringkas. Untuk makluman semua, NAHRIM akan menganjurkan Seminar Showcase R&D NAHRIM dan Hari Bersama Pelanggan pada 16 Disember 2011. Dijangka seramai 200 orang awam yang akan memeriahkan Hari Bersama Pelanggan NAHRIM dan seramai 60 orang penyertaan akan menghadiri Seminar tersebut.
SAMBUTAN HARI KRISMAS 5. Sempena perayaan Hari Krismas yang bakal menjelang, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Natal kepada semua yang beragama Kristian. Kepada yang pulang bercuti di hujung tahun, ingatlah agar sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengambil tindakan keselamatan yang sewajarnya. Pastikan semua peralatan elektrik dan elektronik di
pejabat dimatikan sebelum meninggalkan pejabat di samping memastikan semua pintu dan tingkap dikunci sebelum meninggalkan rumah. Semoga kita semua dilindungi daripada sebarang kejadian yang tidak diingini.
TAHUN BARU 6. Tidak lama lagi, tahun baru pula bakal menjelang tiba. Dengan ini, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2012 untuk semua Warga NAHRIM. Semoga tahun baru nanti NAHRIM akan lebih cemerlang dalam segala bidang. Penutup Warga NAHRIM sekalian, 6. Sebagai mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, saya ingin menyampaikan beberapa rangkap pantun: Kalau tuan pergi ke Kedah
Hujan menyapa menerpa pantai Kita selidik tasik sungai dan lautan
Sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir pada Perhimpunan Bulanan pada kali ini. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamualaikum W.B.T. |