red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Data Raya: NAHRIM Terima Penghargaan MAMPU Bagi Kerjasama Analisis 10 Billion Data Unjuran Hydroclimate NAHRIM. 30 Mac 2016

on . Posted in Arkib Aktiviti 2016

  Pada tahun 2015, NAHRIM telah terpilih untuk menyertai projek Big Data Analytics – Open Innovation Network (BDA-DGOIN) anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC) dan Malaysian Institute of Microelectronic Systems (MIMOS). Melalui projek ini NAHRIM telah membangunkan sistem Projected Hydroclimate Data Analysis & Visualisation for Potential Drought & Flood Events in Peninsular Malaysia di bawah seliaan Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) dan Pusat Kajian Sumber Air & Perubahan Iklim (PKSA) NAHRIM.

  Objektif sistem ini dibangunkan adalah untuk menvisualisasikan 10 billion data unjuran hydroclimate NAHRIM bagi tempoh 90 tahun (2010-2100) di Semenanjung Malaysia dalam membantu pihak berkepentingan membuat keputusan dalam isu berkaitan bencana alam berkaitan dengan air dan alam sekitar.

  Pada 30 Mac 2016, bertempat di Dewan Serbaguna, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Putrajaya satu majlis penghargaan telah diadakan dimana pada majlis tersebut YBhg. Datuk Ir. Haji Ahmad Jamalluddin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM telah menerima sijil penghargaan daripada YB Datuk Joseph Entulu Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di atas kerjasama NAHRIM dalam pelaksanaan projek ini.

  Bagi memperluaskan pelaksanaan teknologi Data Raya ini, pada tahun 2016 BPM dan PKSA telah menambahbaik sistem tersebut dengan menyediakan 3 modul tambahan iaitu Climate Change Factor, Water Stress Index dan Simulasi Water Stress Index untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan air dan alam sekitar dalam menyokong pembuatan keputusan oleh pihak berkepentingan.

BDA1
BDA2
BDA3 
 BDA4
  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun