red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Kerja di Pulau Payar, Kedah. 28 Januari 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

 

Lawatan Kerja di Pulau Payar, Kedah.

 

 

 

 

payar

 

Satu lawatan kerja oleh Ketua Pengarah NAHRIM telah diadakan di Pusat Taman Laut Pulau Payar atas jemputan Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia, Dr. Sukarno Wagiman pada 28 Januari 2011.

 

Satu perbincangan mengenai projek-projek usaha sama antara NAHRIM dan JTLM telah diadakan antara kedua-dua pihak, antaranya ialah mengenai pemasangan Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di pusat ini khusus untuk penggunaan non-potable bagi mengurangkan kos pengangkutan air mentah dari tanah besar ke pulau tersebut. Di samping itu, masalah sampah yang terdampar di pusat ini telah turut dibincangkan berdasar kajian/simulasi numerikal  yang dilaksanakan oleh Pusat Kajian Pantai.

Perbincangan selama 2½ jam ini turut dihadiri oleh Pengarah Taman Laut Kedah serta pegawai-pegawai kanan daripada kedua-dua jabatan/agensi. Perbincangan awal ini juga merupakan titik-tolak kepada kerjasama penyelidikan terutama sekali yang berkaitan pemuliharaan kawasan perairan taman laut antara kedua-dua belah pihak.

 

payar1

Kerjasama NAHRIM-JTLM bermula

Perbincangan antara kedua-dua jabatan berlangsung dengan rancak.

 

 

payar2

Jauh mata memandang

Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM (kiri) dan Pengarah Taman Laut Kedah (tengah) bersama semua pegawai yang hadir meninjau kawasan persekitaran Pulau Payar.

 

 

payar3

Terbentang indah

Pulau Payar merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong di Kedah terutama bagi penggemar aktiviti menyelam dan snorkeling. Pulau ini kaya dengan hidupan marin yang indah.

 

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun