red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan, Hotel Residence, UNITEN.19-21 April 2011

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      Pengurusan Projek merupakan satu proses yang penting dalam mengurus, membahagidan merancang sumber-sumber seperti manusia, kewangan, bahan, kaedah dan mesinbagi mencapai objektif projek secara berkesan. Ia adalah kaedah yang seringdigunakan terutamanya dalam projek pembinaan. Namun, ia juga agak praktikaldigunakan dalam mengurus projek penyelidikan dan pembangunan agar menepatitempoh projek mengikut bajet yang telah diperuntukkan.

     Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) melalui Pusat KajianSungai telah berjaya menganjurkan satu ‘Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan danPembangunan’ selama 3 hari iaitu dari 19 hingga 21 April 2011 bertempat di HotelResidence, UNITEN bagi mendedahkan kemahiran pengurusan projek dalampenyelidikan dan pembangunan. Sejumlah 20 pegawai penyelidik daripada pusat-pusatkajian teknikal di NAHRIM telah menghadiri bengkel tersebut. Ia telah disampaikan olehIr. Dr. Ahmad Zainal Abidin, Pengurus Pusat Penyelidikan Tenaga Boleh Diperbaharuidaripada SIRIM.

      Bengkel ini telah mencapai objektifnya iaitu untuk memberi pendedahan kepada semua pegawai penyelidik mengenai pengetahuan dan teknik-teknik dalam pengurusan projek.Selain daripada sesi ceramah, semua peserta juga diberi peluang untuk mempraktikkankaedah-kaedah pengurusan ke atas salah satu projek yang dipilih. Semua pengetahuanyang diperolehi daripada bengkel ini dapat membantu penyeliidik-penyelidik dalam mengurus aktiviti penyelidikan masing-masing dengan lebih sistematik.
 
Uniten1
Peserta-peserta Bengkel Pengurusan Projek Penyelidikan dan Pembangunan

_Uniten2

Sesi pembentangan kumpulan.

 

_Uniten3

Sesi ceramah oleh Ir. Dr. Ahmad Zainal Abidin daripada SIRIM

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun