red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Piawaian dan Kos Bagi Projek Tebatan Banjir (Laporan). NAHRIM, 29 Januari 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

 

BENGKEL PENYEDIAAN GARIS PANDUAN PIAWAIAN DAN KOS

BAGI PROJEK TEBATAN BANJIR

Bengkel Penyediaan Garispanduan Piawaian dan Kos bagi Projek Tebatan Banjir telah berlangsung pada 29 Januari 2011 di Auditorium, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM). Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y. Berusaha  Encik Ahmad Shafei bin Jamal, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, mewakili Y. Berbahagia Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

 

Seramai 80 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, agensi bukan kerajaan, pihak  perunding dan pusat-pusat pengajian tinggi telah menyertai bengkel ini. Bengkel ini dibahagikan kepada dua sesi iaitu pembentangan kertas kerja pada sebelah pagi dan perbincangan kumpulan pada sebelah petang. Sebanyak 6 kertas kerja telah dibentangkan oleh pembentang jemputan iaitu 4 kertas kerja dari Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia, 1 dari Jabatan Kerja Raya dan 1 kertas kerja dari NAHRIM.  

 

Bagi perbincangan kumpulan, peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diketuai oleh seorang fasilitator mengikut topik perbincangan iaitu komponen struktur projek tebatan banjir, komponen bukan struktur projek tebatan banjir, piawaian kos projek tebatan banjir dan kepelbagaian fungsi projek tebatan banjir dan kebertanggungjawaban perunding dalam memastikan kesempurnaan projek tebatan banjir. Satu prosiding mengenai bengkel ini akan diterbitkan oleh NAHRIM dalam tempoh yang terdekat. Dokumen Garispanduan Piawaian dan Kos Projek Tebatan Banjir akan dihasilkan dengan berpandukan hasil bengkel dan juga kerjasama daripada jabatan dan agensi Kerajaan serta pihak-pihak lain yang berkenaan.

 

tetamu1

Tetamu Kehormat Semasa Majlis Perasmian

tetamu2

Ucapan Perasmian oleh Yang Berusaha Encik Ahmad Shafei bin Jamal, Setiausaha Bahagian Pembangunan, mewakili Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

 

tetamu3

Tetamu Jemputan Bersama Peserta Bengkel

tetamu4

Tetamu Jemputan Bersama Peserta Bengkel

 

tetamu5

Sesi Perbincangan Kumpulan

tetamu6

Sesi Perbincangan Kumpulan

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun