Majlis Pelancaran Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH) di Rumah Panjang Bair, Betong, Sarawak. 2 April 2011
MAJLIS PELANCARAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN (SPAH) DI RUMAH PANJANG BAIR, BETONG, SARAWAK. 2 APRIL 2011 |
SPAH di Rumah Panjang Bair, Betong, Sarawak telah dilancarkan oleh Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Alfred Jabu ak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak pada 2 April 2011. Majlis dihadiri oleh 1000 orang tetamu termasuk Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Encik Robert Lawson Chuat, Penyandang DUN N32 Bukit Saban, Dato’ Zoal Azha, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Masyarakat dan penghuni rumah panjang sekitar Bukit Saban. |
Majlis ini NAHRIM anjurkan bersama pihak Unit Kommunikasi Korporat dan Bahagian Sumber Air, Saliran dan Hidrologi, NRE dengan kerjasama Pejabat Residen Betong, JPS Bahagian Betong, JKR Bahagian Betong, Pejabat Daerah Betong, Majlis Daerah Betong, Jabatan Pertanian Bahagian Betong, Jabatan Kesihatan Sarawak, Jabatan Penerangan, JASA Bahagian Betong, IPD Betong dan penghuni Rumah Panjang Bair. |
SPAH yang telah dilancarkan dirumah panjang ini merupakan yang pertama seumpanya di Sarawak. Sistem ini berfungsi sebagai satu sistem bekalan air alternatif kepada bekalan air sedia ada di Rumah Panjang Bair dengan cara mengumpul dan menyalurkan air hujan kepada penghuni rumah panjang. Ia dilengkapi dengan mekanisme ‘first flush’ yang berupaya untuk membersihkan bahan pencemar yang melekat dibumbung atau di udara daripada memasuki tangki. Disamping itu, ia juga tertutup rapat bagi menghalang daripada menjadi tempat pembiakan nyamuk. |
Majlis ini diadakan dengan penuh adat masyarakat Iban dimana tetamu disambut dengan tarian ngajat. Pada masa yang sama penyerahan manual prosedur pengurusan SPAH serta pameran oleh NAHRIM dan Jabatan Kesihatan Sarawak turut diadakan. |
Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Alfred Jabu ak Numpang, |
Dato Sri Douglas Uggah Embas, |
Encik Robert Lawson Chuat menyampaikan ucapannya.
|
Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Alfred Jabu ak Numpang, |
Ir. Ahmad Jamalluddin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM |
Antara ketua masyarakat dan penghuni rumah panjang |
Dari Kanan: Dato' Zoal Azha, Ketua Setiausaha
|
SPAH di Rumah Bair, Betong, Sarawak.
|