red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Projek Penyelidikan Dan Pembangunan Pelepasan Gas Rumah Hijau Dan Pengurusan Air Di Tanah Gambut - Lawatan Tapak Ke Sibu Dan Betong, Sarawak. 3-5 Mei 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      Pemanasan global serta pelepasan Gas Rumah Hijau kesan daripada pembangunan di kawasan tanah gambut adalah antara isu yang diberi perhatian oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Justeru, NAHRIM telah diminta untuk menjalankan penyelidikan dan pembangunan di dalam bidang yang berkaitan untuk membantu di dalam pengurusan serta pembangunan mapan kawasan tanah gambut.
 
      Bagi membantu pasukan kajian NAHRIM mendalami cabaran-cabaran di dalam pembangunan dan pengurusan tanah gambut satu lawatan tapak telah diadakan pada 3 hingga 5 Mei 2011 di Sibu dan Betong, Sarawak. Lawatan ini telah diatur oleh Pusat Kajian Sungai NAHRIM dengan kerjasama Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika, Jabatan Ketua Menteri, Negeri Sarawak serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sarawak, khususnya JPS Bahagian Sibu/Kapit dan JPS Betong. Turut bersama di dalam lawatan ini ialah Y. Bhg. Ketua Pengarah NAHRIM.
 
      Lawatan tapak tertumpu kepada pengurusan ladang kelapa sawit di Ladang Kelapa Sawit Naman di Sibu dan Cermat Ceria di Betong. Selain itu, kedua-dua ladang kelapa sawit tersebut juga adalah tapak kajian Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika yang mempunyai menara tinjau setinggi 50 meter. Menara-menara ini menempatkan pelbagai alat ukur termasuk peralatan pengukuran pelepasan karbon dioksida.
 
      Di akhir lawatan, satu mesyuarat telah diadakan pada 5 Mei bersama-sama pihak Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika, Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Pertanian Negeri Sarawak untuk berbincang mengenai bidang-bidang penyelidikan dan pembangunan yang boleh dijalankan bersama.

 

Betong3

Penerangan daripada Dr. Lulie Melling, Pengarah Unit Makmal Penyelidikan Tanah Gambut Tropika di Ladang Kelapa Sawit Naman.


Betong4Tapak kajian di kawasan tanah gambut Cermat Ceria yang telah dibuka untuk pembalakan.

 

Gambut3

Alat Pengukur Aras Air Di Bawah Tanah

 

Betong2

 

 

 

Menara Tinjau setinggi 40 m di Naman Oil Palm Plantation. Ketua Pengarah NAHRIM berkesempatan memanjat menara setinggi 10m.

 

 

gambut5

Gambar Kenangan Bersama Ahli Lawatan di Betong, Sarawak.

 

 

 

 

Betong1

Anggota pasukan kajian yang berjaya menaiki menara tinjau hingga ke aras 10m.

 

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun