red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP). 10 Januari 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

Lawatan Ketua Pengarah NAHRIM ke Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP)

 

 

Pada 10 Januari 2011, satu lawatan teknikal oleh pihak Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bersama pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) ke sepanjang perairan Selat Pinang telah dijalankan. Lawatan ini diketuai oleh Ir.Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan pengarah-pengarah Pusat Kajian Pantai, Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, Bahagian Perancangan dan Penilaian serta beberapa orang pegawai lain dari Pusat Kajian Pantai. Pihak SPPP pula telah diketuai oleh Kapten Zulkifli, Pn. Monaliza dan beberapa orang pegawai lain.

 

Lawatan ini bertujuan meninjau dan mengenalpasti  skop kerja serta lokasi Projek Pengerukkan Kapital Selat Pulau Pinang. Disamping itu, tinjauan dibuat terhadap keadaan struktur pelabuhan dan pembangunan sedia ada yang terdapat di sepanjang Selat Pulau Pinang. Ia penting bagi memverifikasikan pemodelan numerikal dan fizikal yang akan dijalankan oleh NAHRIM kelak.

 

Tinjauan juga meliputi bahagian pengerukkan terusan utara menuju ke selatan sehingga Jambatan Pulau Pinang dan melibatkan pemerhatian ke atas beberapa struktur pelabuhan termasuk Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), Dermaga Air Dalam Butterworth, Jeti Swettenham,  Pangkalan Kargo Pukal Prai dan Tanjong City Marina.

 

 

 

1

Sesi penerangan oleh Kapten Zulkifli dari SPPP; Duduk dari kanan: Ir.Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban (Ketua Pengarah NAHRIM), Pn. Monaliza (SPPP), En, Sharmizal (SPPP) dan En. Amri (NAHRIM).

 

 

2SPP

Sebahagian daripada kakitangan NAHRIM yang turut serta dalam lawatan ini.

 

 

3SPP
Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT).

 

 

4SPP
Dermaga Air Dalam Butterworth.

 

 

 

5SPP
Jeti Swettenham dan Sebuah Kapal Star Cruise sedang berlabuh.

 

 

 

6SPP
Jeti Swettenham dan Sebuah Kapal Star Cruise sedang berlabuh.

 

 

 

7SPP
Jambatan Pulau Pinang.

 

 

 

8SPP
Muara Sungai Prai.

 

 

 

9SPP
Tanjong City Marina

 

 

 

10SPP
Sebuah boya penanda arah laluan kapal

 

 

 

11SPP
Pangkalan Kargo Pukal Prai

 

 

 

12SPP
Dermaga Prai

 

 

 

 

 

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun