red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Bengkel Kenaikan Aras Laut Akibat Daripada Impak Perubahan Iklim. 28 Mac 2011

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      NAHRIM telah menganjurkan satu bengkel bertajuk ‘Kenaikkan Aras Laut Akibat Daripada Impak Perubahan Iklim’ pada 28 Mac 2011 yang bertempat di Mini Auditorium NAHRIM. Bengkel sehari ini telah dihadiri oleh lebih daripada 54 peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari jabatan kerajaan, syarikat-syarikat perunding swasta, wakil NGO, profesor, pensyarah dan pelajar-pelajar dari Institut Pengajian Tinggi Awam.
 

      Bengkel dimulakan dengan Ucapan Aluan dari Pengarah Pusat Kajian Pantai,  Ir. Mohd. Radzi bin Abd. Hamid, manakala ucapan perasmian bengkel telah dibaca oleh Pengarah Bahagian Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, Ir. Hj. Mohd. Fauzi bin Mohamad bagi mewakili Yg. Bhg. Ketua Pengarah NAHRIM yang tidak dapat hadir kerana menghadiri Konferens di luar negara. Sesi pertama bengkel telah dimulakan dengan kertas kerja bertajuk The Study Of The Impact Of Climate Change On Sea Level Rise At Peninsular Malaysia, Sabah & Sarawak yang telah dibentangkan oleh Prof. M. L. Kavvas, Pengarah California Hydrological Research Laboratory (CHRL). Selepas selesai pembentangan kertas kerja tersebut, sesi bergambar untuk para peserta dan pembentang telah diadakan di dalam Makmal Hidraulik dan Instumentasi NAHRIM.
 

      Sesi Kedua bengkel diteruskan dengan dua kertas kerja iaitu NAHRIM’s Research Related to Sea Level Rise yang telah dibentangkan oleh Ir. Mohd Radzi bin Abd Hamid dan Potential Impacts of Predicted Sea Level Rise On Coastal Flooding At Tg.Piai, Johore oleh Prof. Dr. Ahmad Khairi bin Abd. Wahab, Pengarah Institut Kejuruteraan Pantai dan Lepas Pantai (COEI), UTM. Sesi ini telah dipengerusikan oleh Dr Hj. Saim bin Suratman, Pengarah Pusat Kajian Geohidrologi. Kemudian sesi bengkel diteruskan pula dengan Breakout Session di mana para peserta dan pembentang dibahagikan kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan perlu mengadakan perbincangan tentang tajuk-tajuk yang diberi iaitu: Modeling Approach, Structure / Environmental / supported by carbon trading / Agriculture in Percentage Damage and Marine Policy.  
 

      Sesi terakhir bengkel adalah pembentangan oleh wakil-wakil daripada setiap kumpulan perbincangan tersebut dan diikuti dengan sesi ringkasan dan penutup yang telah diterajui oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi Bin Mohamad sebagai moderator yang membincangkan  dan menganalisa potensi impak perubahan iklim terhadap kenaikan aras laut di Malaysia serta merumuskan strategi respon pada adaptasi dan mitigasi di antara sektor-sektor swasta dalam persiapan untuk menghadapi cabaran kesan kenaikan aras laut di masa hadapan.
 
 

sealevel1

Gambar 1: Prof. Dr. Ahmad Khairi bin Abd. Wahab, Pengarah COEI, UTM (kiri), Yg. Bhg. Ir. Hj. Mohd Fauzi b. Mohamad, Pengarah Bahagian Makmal Hidraulik dan Instumentasi, NAHRIM (tengah) dan Ir. Mohd. Radzi Bin Abd. Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai (kanan).

 

sealevel2

Gambar 2: Para peserta bengkel sedang mendengar sesi pembentangan. 

 

sealevel3

Gambar 3: Sesi Fotografi para peserta dan para pembentang Bengkel Sea Level Rise Due To Climate Change Impact.

 

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun