red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Persidangan 15th ‘International Rainwater Catchment System Association’ Taipei, Taiwan (Republic of China).28 Mac - 3 April 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      Ketua Pengarah NAHRIM, Ir Haji Ahmad Jamalluddin bin Shaaban dan Haji Jabir bin Kardi, Pegawai Penyelidik Kanan Pusat Kajian Sumber Air telah menghadiri persidangan ini yang diadakan di Taipei, Taiwan bermula pada 28 Mac hingga 3 April 2011.
 
      Persidangan yang sebelum ini diadakan di Kuala Lumpur merupakan persidangan dwi-tahunan dihadiri oleh lebihkurang 100 peserta daripada seluruh dunia seperti Mexico, Amerika Syarikat, Peranchis, Brazil, Sri Lanka, Filipina, Singapura dan termasuk lima (5) peserta dari Malaysia.
 
      Tema persidangan yang telah dipilih pada persidangan kali ini adalah "Worldwide Multi-objective Rainwater Harvesting and Utilization".
 
      Lebih daripada empat puluh (40) kertas telah dibentangkan didalan persidangan tersebut yang menyentuh keseluruhan aspek penggunaan dan pengurusan air hujan termasuk dalam kategori:
 
  • Domestik, pertanian, perindustrian, penggunaan komersial.

  • Promosi, implementasi, program pembelajaran

  • Mengelakkan malapetakan dan mitigasi.
  • Ekologi dan isu-isu alam

  • Bangunan Hijau dan tenaga

  • Lanskap dan rekreasi

      Ketua Pengarah NAHRIM telah membentangkan kertas teknikal bertajuk ‘Potential of Catchment Wide Rainwater Harvesting System for Flash Flood Reduction in the Damansara River Catchment, Selangor Malaysia’. Haji Jabir pula telah membentangkan kertas teknikal bertajuk ‘Rainwater Harvesting System At National Zoo of Kuala Lumpur, Malaysia.
 
      Penampilan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang aktif dalam bidang teknologi pemgumpulan air hujan telahpun diiktiraf oleh IRCSA sebagai sebuah institusi di Malaysia yang aktif menjalankan kajian saintifik berhubung dengan pengurusan dan penggunaan air hujan. Sehingga kini NAHRIM telah menjalinkan hubungan dengan persatuan-persatuan, badan dan institusi yang aktif dalam teknologi ini termasuk dari luar Negara seperti Negeri China dan lain-lain.
 
      Sepanjang tempoh persidangan, peserta-peserta telah dapat berinteraksi dengan para perwakilan dari negara-negar lain. Ini termasuklah dengan pakar-pakar dan pembentang kertas kerja dari beberapa Negara Eropah, Asia, Afrika dan juga Amerika Syarikat. Percambahan fikiran dan pertukaran pengalaman dalam bidang berkaitan dapat menghasilkan idea-idea baru yang boleh diketengahkan di Malaysia.
 

China1

Ucapan Perasmian Persidangan.


China2

Pembentangan kertas kerja oleh salah seorang daripada peserta persidangan.
 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun