red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Pembentangan Kertas Kerja Oleh Ketua Pengarah NAHRIM Sempena 22nd Pacific Science Congress, KLCC. 14-17 Jun 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011


KLCC20110614
Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban memberikan pembentangan.
 
      Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM telah memberikan pembentangan kertas kerja di 22nd Pacific Science Congress bertajuk “Mainstreaming Adaptation to Climate Change and Hydro-climate Disaster Risk Reduction in Planning & Designing Processes”. Kongres ini yang bertema “Meeting the Challenges of Global Change” telah berlangsung di KL Convention Centre, Kuala Lumpur pada 14-17 Jun 2011.  
 
      Kongres ini bertujuan menyediakan platform untuk saintis dalam disiplin yang sama dari rantau ini untuk menilai dan memberi keutamaan kepada isu-isu yang memerlukan kajian saintifik; mengumpulkan saintis-saintis dari negara-negara jauh dan dekat supaya dapat membentuk kerjasama antarabangsa yang merentasi disiplin serta mengumumkan dan mewujudkan inisiatif penyelidikan baru. Turut memberikan pembentangan adalah Ir. Hj. Mohd Radzi Abdul Hamid dengan kertas kerja bertajuk “Sea Level Rise Projection for Malaysia”. Satu pameran berkaitan penyelidikan, penemuan dan usaha berkaitan perubahan iklim oleh agensi kerajaan telah diadakan dimana ianya turut disertai oleh NAHRIM.
 
KLCC20110614_1 KLCC20110614_2
Pembentangan Ir. Hj. Mohd Radzi Abdul Hamid fokus kepada isu Kenaikan Aras Laut.
Pameran NAHRIM merangkumi penyelidikan berkaitan adaptasi perubahan iklim, kesan perubahan iklim kepada paya gambut dan sumber air.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun