red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis Perasmian Taman Botani Perdana Kuala Lumpur oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, 28 Jun 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

     Taman Tasik Perdana kini dikenali sebagai Taman Botani Perdana dalam satu majlis yang telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 28 Jun 2011. Ini adalah sebahagian daripada program untuk menjadikan taman tasik yang berusia 122 tahun sebagai bertaraf dunia. Fasa pertama kerja-kerja menaik taraf taman tasik yang telah wujud sejak tahun 1888, telahpun siap pada tahun 2010 dengan kos sebanyak RM18 juta yang dibiayai oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

     Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, dalam ucapan beliau, menyatakan bahawa taman tasik ini telah menggamit memori zaman kanak-kanak di mana beliau dibesarkan berhampiran Sri Taman, iaitu kediaman rasmi bapa beliau, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, Perdana Menteri Kedua ketika itu. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang juga telah meningkatkan kualiti air tasik dalam masa 6 bulan.

     Dalam acara yang sama, Perdana Menteri yang diiringi oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, melawat tapak projek pemuliharaan kualiti air tasik yang telah dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama NAHRIM. Ketua Pengarah NAHRIM juga telah memberi taklimat ringkas mengenai projek ini yang telah berjaya meningkat kualiti air daripada Kelas IV kepada Kelas II dengan menggunakan kaedah mesra biologi iaitu gabungan Keladi bunting (Eichhornia crassipes), ikan Puyu (Anabas testudineus), ikan Kap kepala besar (Hypophthalmichthys nobilis), teknologi bio-flokulasi dan koagulasi serta mikroorganisme berkesan. Sebagai tanda simbolik peningkatan kualiti air tasik, YAB Perdana Menteri telah melepaskan ikan air tawar spesies Temoleh ke tasik.

     Taman Botani yang berkeluasan 101.2 hektar ini merupakan simbol yang menunjukkan komitmen negara ke arah pemuliharaan alam sekitar secara mampan.

botani1 botani2
Sepanduk Majlis Perasmian Taman Botani Perdana.
Ketua Pengarah NAHRIM memberi taklimat ringkas kepada YAB Perdana Menteri mengenai peningkatan kualiti air tasik.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun