red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan NAHRIM ke Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim, Jabatan Kerja Raya (JKR). 26 Julai 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban ke Cawangan Pangkalan Udara dan Maritim (CPUM), Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur telah diadakan pada 26 Julai 2011. Lawatan ini bertujuan untuk mendapat gambaran yang lebih dekat berkaitan bidang kerja JKR serta membincangkan peluang mengadakan kerjasama penyelidikan dan pembangunan dalam projek-projek CPUM dengan mengambil kira keupayaan pusat-pusat kajian NAHRIM dalam menjalankan ujian permodelan fizikal dan permodelan numerikal rekabentuk dalam kawasan maritim negara.
 
      Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi bin Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi, Ir. Hj. Mohd Radzi bin Abd. Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai dan beberapa pegawai penyelidik. Manakala pihak CPUM diwakili oleh Dr. Meor Aziz bin Osman, Pengarah CPUM, Ir. Ahameed Tarmizi bin Ramli, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Maritim, dan pegawai-pegawai kanan.
 
      Satu taklimat ringkas berkaitan struktur organisasi, kemudahan dan projek telah diberikan oleh pihak CPUM dan NAHRIM. Semasa sesi taklimat, pihak CPUM bersetuju bahawa fungsi NAHRIM sangat berkait rapat dan sebahagiannya dapat memenuhi keperluan perancangan dan penilaian dalam kebanyakan projek pembangunan yang telah dan akan dilaksanakan oleh CPUM.
 
CPUM1 CPUM2
Taklimat daripada pihak NAHRIM mengenai kemudahan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi dan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
 
Taklimat daripada pihak CPUM mengenai proses kerja pengurusan projek pembangunan prasarana maritim negara yang dilaksanakan oleh CPUM.
 
CPUM3 CPUM4
 Deligasi NAHRIM dan CPUM. 
 
Dr. Meor Aziz bin Osman, menyampaikan cenderahati kepada Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban.
 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun