red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Seminar Kebangsaan Peningkatan Aras Laut Berikutan Impak Perubahan Iklim, Hotel Residence, UNITEN, Bangi. 28 Julai 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

      Pada 28 Julai 2011, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan seminar peringkat kebangsaan bertujuan untuk mengetengahkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh NAHRIM mengenai kenaikan aras laut di Malaysia. Seminar ini juga telah menghimpunkan beberapa hasil kajian daripada pelbagai agensi kerajaan lain, institusi pengajian tinggi dan juga daripada luar negara. Seminar ini yang berlangsung di Hotel Residence, UNITEN, Bangi dirasmikan oleh Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM dan telah menarik kehadiran seramai 120 orang peserta.
 
      Majlis dimulakan dengan kupasan menarik tentang isu kenaikan aras laut di Laut China Selatan oleh Prof. Dato’ Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah, Universiti Malaya (UM) yang mengetengahkan penyelidikan yang telah dijalankan di perairan Indo-China. Isu yang turut menarik perhatian ialah pembentangan daripada En. Md. Mobassarul Hasan, penceramah jemputan daripada International Water Modelling (IWM), Bangladesh, yang menunjukkan kejayaan dalam bidang permodelan numerikal bagi membendung isu banjir dan penerobosan air masin di negara tersebut. Peserta seminar juga turut didedahkan dengan maklumat penting dari aspek geologi dan artifak yang merekodkan bukti kenaikan aras laut sejak awal kewujudan bumi melalui taklimat daripada Dr. Kamaluddin b. Hasan daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak. Di sebelah petang pula, peserta disajikan dengan pembentangan menarik daripada pakar kajian fizikal marin (Physical Oceanography) daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr. Than Aung, akan kewujudan faktor-faktor lain seperti pergerakan plat tektonik bumi yang mempengaruhi rekod pasang surut di sesuatu kawasan seterusnya mempengaruhi keputusan kajian kenaikan aras laut.
 
      Kesimpulannya, seminar ini telah berjaya menyalurkan maklumat penting kepada agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang awam tentang kepentingan kesedaran mengenai isu peningkatan aras laut ini.
 
UNITEN1 UNITEN2
Pembentangan Ucaptama oleh Prof. Dato’ Dr. Azizan bin Hj. Abu Samah daripada Universiti Malaya.
 
Pembentangan oleh Prof. Madya Dr. Than Aung, Pakar Fizikal Oseanografi daripada Universiti Malaysia Sabah.
 
UNITEN4 UNITEN5
Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM membantu dalam menjawab soalan yang diajukan peserta. Penyampaian cenderahati kepada para pembentang sebagai tanda terima kasih.

 
UNITEN3
Peserta Seminar Kebangsaan Peningkatan Aras Laut Berikutan Impak Perubahan Iklim.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun