red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Lawatan Teknikal NAHRIM ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). 2 November 2011.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

KKLW
Sesi Penyerahan Cenderahati Daripada Ketua Pengarah NAHRIM, Y. Bhg Ir. Haji Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban Kepada Setiausaha Bahagian Infrastruktur, KKLW, Y. Brs. Haji Ahmad Zubir Bin Abd Ghani.

      2 November 2011 bersamaan 6 Zulhijjah 1432H, PUTRAJAYA - Lawatan Kerja NAHRIM ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah diadakan yang diketuai oleh Y. Bhg Ketua Pengarah NAHRIM, Ir. Haji Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban. Turut serta pada lawatan tersebut adalah Pengarah Pusat Kajian Sumber Air, Ir. Mohd Zaki Bin Mat Amin dan Pegawai Penyelidik Kanan Bahagian Perancangan dan Penilaian, Ir. Safari Bin Haji Mat Desa.

      Rombongan NAHRIM telah disambut oleh Setiausaha Bahagian Infrastruktur, KKLW iaitu Tuan Haji Ahmad Zubir Bin Abd Ghani dan pegawai-pegawai kanan di Bahagian berkenaan. NAHRIM telah membentangkan kertas taklimat bertajuk “Sistem dan Rekabentuk bagi Sistem Penuaian Air Hujan (SPAH)" – Kajian Kes SPAH Rumah Panjang Bair, Betong, Sarawak.

      Sebagai latar belakang lawatan, KKLW melalui Bahagian Infrastruktur telah menjalankan pemasangan SPAH ini di negeri Sarawak sejumlah RM 52 juta pada tahun 2011 manakala peruntukan sejumlah RM 50 juta pula diperuntukkan untuk negeri Sabah pada tahun 2012. Projek ini merupakan salah satu daripada NKRA dalam perkara, “Memperkasa Prasarana Luar Bandar dan Pedalaman” yang mana pecahannya yang berkaitan ialah Bekalan Air Luar Bandar.

      Satu sesi perkongsian dan percambahan idea serta pendapat telah dikongsikan bersama di dalam perbincangan ini. Bahagian Infrastruktur, KKLW secara dasarnya bersetuju untuk mengadakan kerjasama pelaksanaan projek SPAH secara komprehensif bersama NAHRIM dari aspek sistem, kualiti dan kuantiti.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun