red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Lawatan Teknikal Ke Pelabuhan Kuantan, Tanjung Gelang, Pahang - 4 oktober 2011

on . Posted in Arkib Aktiviti 2011

LAWATAN TEKNIKAL KE PELABUHAN KUANTAN, TANJUNG GELANG, PAHANG

OLEH KETUA PENGARAH NAHRIM

4 OKTOBER 2011

 

 

        Satu lawatan yang diketuai oleh Ketua Pengarah NAHRIM, Y. Brs. Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin Bin Shaaban ke Pelabuhan Kuantan, Pahang telah diadakan pada 4 Oktober 2011. Sesi lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang lebih dekat berkaitan aspek operasi pelabuhan serta membincangkan peluang kerjasama dua hala di antara Kuantan Port Consortium Sdn.Bhd. (KPC) dan NAHRIM.

 

         Lawatan ini juga merupakan salah satu siri lawatan dalam program NAHRIM untuk mempromosi perkhidmatan dan keupayaan fasiliti penyelidikan Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI) seperti yang berkaitan dengan operasi pelabuhan dan dermaga.Lawatan ini turut disertai oleh Ir. Hj. Mohd Fauzi Mohamad, Pengarah Makmal Hidraulik dan Instrumentasi (MHI), Ir. Hj. Mohd Radzi Abd. Hamid, Pengarah Pusat Kajian Pantai (PKP) dan beberapa pegawai kanan dan pegawai teknikal MHI yang lain. Pihak KPC diwakili oleh Y. Bhg.Dato’ Ir. Ho Phea Keat (Pengarah Urusan), Tuan Hj. Khasbullah A. Kadir (Pengarah Bahagian Trafik dan Sokongan Kejuruteraan), Tuan Hj. Ahmad Kamil Shaharudin (Jurutera Awam), En.Abdul Halim Hussin (Pengurus Trafik), Puan Gloria Murty (Pegawai Eksekutif, JabatanKomunikasi Korporat dan Pemasaran) serta beberapa pegawai kanan KPC.

 

        Dalam lawatan tersebut, pihak KPC memberikan taklimat berkaitan sejarah pembinaan Pelabuhan Kuantan, kemajuan yang dicapai sehingga hari ini serta perancangan masa hadapanselaras dengan kepesatan pembangunan Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER). Pelabuhan Kuantan yang berkeluasan 650 hektar, mempunyai dermaga sepanjang 3.4 kilometer,mengendalikan 13 juta metric ton kargo pukal pada tahun 2010 dan merupakan pelabuhan ke 5tersibuk di Malaysia. Satu taklimat juga telah diberikan oleh pihak NAHRIM mengenai fungsidan struktur pentadbiran NAHRIM, fasiliti dan perkhidmatan di MHI. Bidang kepakaran dalam penyelidikan pantai dan pelabuhan juga telah dipersembahkan secara ringkas oleh Pengarah PKP.

 

         Hasil perbincangan lanjutan, KPC merasakan penglibatan pihak NAHRIM mungkin boleh diusahakan dalam pelan pembangunan Pelabuhan Kuantan dan ECER di masa hadapan. KPC turut bersetuju perihal pentingnya penglibatan penyelidik tempatan bagi mengurangkan kos perundingan dan penyelidikan oleh firma luar negara. Bidang berpotensi antara NAHRIM/KPC untuk menyusul di masa akan datang adalah khidmat penyelidikan melalui pemodelan fizikal bagi projek pelabuhan dalam.

 

pelabuhankuantan

 

 

 

Klik untuk muat turun laporan dalam bentuk .pdf

 

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun