Sambutan Hari Inovasi Peringkat NRE Bagi Tahun 2011, 14 November 2011.
Pada 14 November 2011, telah diadakan Sambutan Hari Inovasi Peringkat NRE bagi menilai kualiti dan inovasi bagi tahun 2010. Bersempena dengan sambutan ini, pelbagai pertandingan dengan penyertaan kementerian, bahagian dan jabatan telah diadakan. Antara anugerah yang diterima oleh NAHRIM: |
|
NAHRIM turut serta dalam Pertandingan Rekaan dan Hiasan Pameran yang diadakan pada hari yang sama. Pameran telah menerima seramai lebih 200 pengunjung termasuk YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama-sama Y.Bhg. Dato’ Zoal Azha Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, dan pihak pengurusan atasan NRE. NAHRIM telah memaparkan model kitaran air yang lengkap dan beberapa penyelidikan dan produk inovasi berkaitan isu air dan persekitarannnya bagi tahun 2010. Turut diketengahkan maklumat terbaru tentang penyelidikan NAHRIM bertajuk ‘Susupan Tebing sebagai Kaedah Mendapatkan Bekalan Air Bersih’. |
Ir. Hj. Ahmad Jamalluddin bin Shaaban, Ketua Pengarah NAHRIM menerima Anugerah Penarafan Bintang NRE daripada Y.Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha, NRE.
|
NAHRIM telah memenangi 3 daripada 7 anugerah yang dipertandingkan.
|
Antara pengunjung pameran iaitu YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (dua daripada kanan) dan Y. Bhg. Dato’ Zoal Azha bin Yusof, Ketua Setiausaha NRE (empat daripada kanan).
|
Antara pengunjung pameran yang datang.
|
Antara pengunjung pameran yang datang.
|
Penerangan kepada juri pertandingan Rekaan dan Hiasan Pameran.
|