red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2021. 22 Mac 2021.

on . Posted in Arkib Berita 2021

Mac 22, 2021.

IPOH – Majlis Perasmian Program Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2021 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Saarani Bin Mohamad, Menteri Besar Perak; dan YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, Perak.

Majlis perasmian ini diadakan bersempena dengan sambutan Hari Air Sedunia Tahun 2021 yang disambut pada 22 Mac setiap tahun dengan tema tahun ini; Menghargai Air (Valuing Water).

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah melaksanakan program penyelidikan bertajuk “Study on Enhancement of Water Resources Management for Sg. Perak Hydroelectric Scheme” sejak tahun 2016. Penyelidikan pemerkasaan sumber air negeri Perak melalui kajian Imbangan Air (Water Balance) menunjukkan jumlah bekalan sedia ada dari lembangan Sungai Perak adalah mencukupi dan berpotensi untuk dinikmati bersama oleh negeri-negeri yang mengalami masalah kekurangan air.

Lembangan Sungai Perak adalah yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia merangkumi 70 % keluasan negeri Perak iaitu 14,834 m2 dengan panjang sungai utama sepanjang 400 km. Negeri Perak menerima purata hujan tahunan sebanyak 2,300 mm dan terdapat 11 lembangan sungai utama yang luas setiap satunya melebihi 80 km persegi.

Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Negeri Perak 2021 ini turut melibatkan program komuniti yang dilaksanakan dengan kerjasama UNESCO-IHP (United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization - International Hydrological Programme); bertujuan untuk mendidik dan memupuk generasi baru yang digelar “Generasi Alpha” bagi meningkatkan kesedaran ke arah kelestarian dan sekuriti sumber air.

Selain program di dalam dewan kuliah, para peserta turut dibawa ke Taman Eko Rimba Kledang Saiong untuk lawatan tapak dan seterusnya mengikuti modul yang telah disusun hasil daripada kolaborasi di antara pelbagai agensi kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan institusi pendidikan tinggi awam. 

airsedunia2021

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjpp