red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Tabung Wakaf Air peringkat NAHRIM. 5 Jan 2021.

on . Posted in Arkib Berita 2021

 kpwakafair2021

SELANGOR, 05 Januari 2021 - Tabung Wakaf Air peringkat NAHRIM telah dilancarkan melalui program di bawah Surau Taqi Ad-Din NAHRIM. Tabung ini akan terus dibuka kepada seluruh warga NAHRIM yang ingin menyumbang secara tunai sehingga satu tempoh yang akan ditentukan kelak oleh pihak jawatankuasa surau.

Hasil kutipan Tabung Wakaf Air ini akan disalurkan sepenuhnya kepada akaun Yayasan Wakaf Malaysia. Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air (Wakaf Air) merupakan produk wakaf khas yang diwujudkan di bawah Wakaf Tunai Malaysia dengan kerjasama Yayasan Wakaf Malaysia dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Wakaf Air bertujuan mengumpul dana wakaf bagi membiayai projek-projek perkhidmatan air berskala kecil seperti sistem pengepaman sumber air dari perigi, pembelian dan penyelenggaraan alat-alat ganti, dana bantuan operasi pencegahan serta pemulihan sistem bekalan air luar bandar dan penyediaan sumber air alternatif yang melibatkan kos penyelenggaraan yang rendah dan selamat digunakan.

“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim).

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjpp