red green blue contrast reset

facebook instagram flickr youtube twitter rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

PAMERAN DAN PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA PERINGKAT ANTARABANGSA, 27 HINGGA 30 SEPTEMBER 2018, DI ISTANBUL, TURKI.

on . Posted in Arkib Berita 2018

  Pertandingan dan pameran inovasi dan rekacipta antarabangsa telah diadakan di Istanbul, Turki pada 27 hingga 30 September 2018 yang melibatkan penyertaan lebih daripada 38 negara yang mempamerkan lebih daripada 400 hasil inovasi/rekacipta yang disertai pelbagai institusi penyelidikan, universiti awam dan swasta, syarikat-syarikat persendirian.

  Sebanyak 20 hasil inovasi/rekacipta telah dipamerkan oleh wakil-wakil dari Malaysia yang terdiri daripada agensi kerajaan, universiti, sekolah dan syarikat swasta iaitu NAHRIM, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN(JPS)/HTC, UNITEN, TNB RESEARCH SDN BHD, SIRIM/SYARIKAT MUHIBBAH SINERGIA RESOURCES DAN SEK MEN SAINS TENGKU ABDULLAH PAHANG.Delegasi Malaysia diketuai oleh Ybhg. Dato’ Hj Suhaimi Bin Hj Mamat, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli Malaysia (KATS).

  NAHRIM, JPS / HTC telah menyertai pertandingan/pameran ini buat julung-julung kalinya dengan mempertandingkan 10 produk rekacipta dimana 3 produk adalah hasil penyelidikan bersama antara NAHRIM dan JPS/HTC, 7 produk lagi adalah hasil penyelidikan NAHRIM sendiri. Kesemua 10 rekacipta tersebut adalah hasil penyelidikan yang di ketuai oleh Ybhg Dato’ Dr. Hj. Nasehir Khan Bin E.M. Yahaya iaitu Pengarah Pusat Penyelidikan Lembangan Sungai (PKLS), NAHRIM dan penyelidik yang turut serta ialah Dr. Mohd Aminur Rashid bin Mohd Amiruddin Arumugam dari NAHRIM dan Pengarah Korporat JPS Malaysia En.Hj Mat Supri Bin Kasa JPS /HTC termasuk penyelidik-penyelidik lain yang tidak dapat hadir ke pameran ini atas sebab-sebab tertentu.

Senarai anugerah-anugerah yang dimenangi adalah seperti berikut:

A) Rekacipta hasil penyelidikan NAHRIM:

1. ‘Grand Prix Award’ untuk rekacipta ‘NAHRIM Lab On Chip’ (NLOC)
NLOC merupakan satu inovasi sistem bersepadu yang merangkumi instrumen pemantauan dan analisis kualiti air sehingga dapat merekodkan 18 atau lebih parameter yang berbeza dalam satu masa secara ‘real time’. NLOC direkabentuk untuk pemantauan dan analisis kualiti air dengan lebih cekap dan efisien serta merupakan makmal bergerak yang berupaya menganalisis sampel air secara terus dan boleh dihantar secara ‘online’.

Grand Prix Award untuk rekacipta NAHRIM Lab On Chip NLOC

2. Pingat Emas untuk ‘NAHRIM HYDRAULIC MARKER’ (NhM)
NhM adalah inovasi pilihan bagi penandaan kawasan rizab untuk sungai, tasik, persisiran pantai dan saluran pengairan serta saliran. Pemasangan NhM berdasarkan jajaran zon penampan bagi penandaan kawasan tersebut supaya tidak docerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pingat Emas untuk  NAHRIM HYDRAULIC MARKER NhM

3. Pingat Emas untuk ‘NAHRIM Invisible Levee Sytem V2.0’ (NAILS - V2.0)
NAILS versi 2.0 ialah inovasi untuk mengawal limpahan banjir dari tebingan saluran sungai atau anak sungai.

Pingat Emas untuk NAHRIM Invisible Levee Sytem V2.0 NAILS - V2.0

 

4. Pingat Perak untuk ‘NAHRIM Invisible Levee Sytem V1.0’ ( NAILS V1.0)
NAILS versi 1.0 ialah inovasi untuk kawalan banjir untuk infrastruktur awam yang berisiko tinggi mengalami banjir.

Pingat Perak untuk NAHRIM Invisible Levee Sytem V1.0  NAILS V1.0

 

5. Pingat Gangsa untuk ‘NAHRIM Community Floatable Flood Relief Center’(NCFFRC)
NAHRIM Community Floatable Flood Relief Center (NCFFRC) adalah suatu inovasi berfungsi sebagai pusat penempatan sementara ketika musim banjir.

Pingat Gangsa untuk NAHRIM Community Floatable Flood Relief CenterNCFFRC

 

6. Pingat Gangsa untuk ‘NAHRIM Water Scan’ (NEXUS)
NEXUS adalah suatu inovasi sistem pemantauan kualiti air untuk 6 parameter secara ‘real time’ jenis ‘handy type’.

Pingat Gangsa untuk NAHRIM Water Scan NEXUS

 

7. Pingat Gangsa untuk ‘NAHRIM Portable Water Treatment System’ (NEWTON)
NEWTON adalah suatu inovasi untuk merawat air sungai ,air laut,air bumi,air perparitan dan air hujan ke tahap air minuman.

Pingat Gangsa untuk NAHRIM Portable Water Treatment System NEWTON

B) Rekacipta hasil penyelidikan bersama NAHRIM dan JPS/HTC:

1. Pingat Emas untuk ‘MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID V2.0’ (MFWD NADI V2.0)
MFWB NADI V2.0 merupakan suatu inovasi sebagai dinding penahan banjir mudah alih di pintu masuk premis kerajaan seperti sekolah dan hospital serta di kawasan perumahan.

Pingat Emas untuk MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID V2.0 MFWD NADI V2.0

2. Pingat Gangsa untuk ‘MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID 3.0’, (MFWD NADI V3.0)
MFWB NADI V3.0 merupakan suatu inovasi sebagai dinding penahan banjir mudah alih untuk kawasan perumahan di kawasan perbandaran.

Pingat Gangsa untuk MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID 3.0  MFWD NADI V3.0

3. Pingat Gangsa untuk ‘MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID 1.0’, (MFWD NADI V1.0)
MFWB NADI V1.0 merupakan suatu inovasi sebagai dinding penahan banjir mudah alih untuk kawasan perumahan di luar bandar.

Pingat Gangsa untuk MOBILE FLOOD WALL BARRIER NAHRIM-DID 1.0  MFWD NADI V1.0

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun