red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

SIIF 2015 Pada 26 – 29 November 2015 di Seoul, Korea.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2015

Seoul International Invention Fair 2015 atau SIIF 2015 yang ke-11 telah berlangsung pada 26 hingga 29 November 2015 di COEX, Seoul, Korea. SIIF 2015 ini telah disertai oleh peserta-peserta yang terdiri daripada perekacipta, ahli akademik dan usahawan dari 33 pelbagai negara dengan penyertaan kira-kira 525 produk inovasi telah dipertandingkan.

Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) mengulangi kejayaan apabila berjaya memenangi Anugerah Khas “Thailand award for best international invention” bagi produk inovasi NAHRIM Hydraulic Marker (NhM) yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha National Research Council of Thailand (NRCT). Selain itu, tiga (3) pingat perak turut dimenangi bagi produk inovasi NhM, NAHRIM Biomedia (NBIOM) dan NAHRIM Invisible Levee System versi ke2 (NAILS V2).

NhM adalah produk pilihan bagi penandaan kawasan rizab untuk sungai, tasik, persisiran pantai dan saliran pertanian. Pemasangan NhM berdasarkan jajaran zon penampan bagi penandaan kawasan tersebut supaya tidak diganggu kecuali pihak berkuasa tempatan membenarkan aktiviti di kawasan penampan ini seterusnya menambahbaik pengurusan zon penampan. NhM dilengkapi dengan ciri-ciri pelbagai fungsi untuk keperluan penguatkuasaan yang lebih menyeluruh. Antaranya adalah ianya dapat menunjukkan sempadan garisan sebenar zon penampan beserta maklumat ‘chainage’ sepanjang NhM dipasang termasuk aras air yang melimpahi tebing badan air. Kemudahan sistem LED yang yang dilengkapkan pada NhM berfungsi memberikan arah aliran air ke hilir terutamanya pada waktu malam atau keadaan persekitaran yang gelap. Manakala sistem kod QR disediakan bagi menyediakan maklumat tanda aras sementara (TBM) dan boleh dicapai secara atas talian, dan juga maklumat aras air untuk kegunaan pihak yang berkepentingan. Selain itu NhM diperbuat daripada bahan “green cement” yang mesra alam, tahan lasak dan tahan karat.  

SIIF NhMNAHRIM Hydraulic Marker (NhM)

NBIOM adalah produk yang dihasilkan untuk menyingkirkan bahan pencemar dalam air perparitan melalui kaedah penjerapan oleh permukaan berongga NBIOM. NBIOM dihasilkan daripada kulit luar biji getah (sisa buangan pertanian) melalui proses pengaktifan karbon (pembakaran pada suhu yang tinggi) untuk membuka rongga-rongga pada struktur kulit biji getah tersebut. NBIOM sangat berkesan untuk menjerap bahan pencemar seperti Chemical Oxygen Demand (COD),Total Phosphorus (TP), Ammoniacal Nitrogen dan bau) daripada air buangan yang mengalir ke dalam sistem perparitan. Proses ini akan meningkatkan kualiti air perparitan dan mengurangkan impak pencemaran air sungai.


SIIF NBIOMNBIOM

NAILS Versi ke2 adalah NAILS versi pertama yang ditambahbaik dan terdiri daripada dinding penahan banjir, kotak penyimpanan, mekanisma penolak, mekanisma kekunci dan pad getah penahan air yang fleksibel. Dinding penahan banjir mestilah di perbuat dari bahan yang ringan, tahan tekanan tinggi, tahan cuaca dan tahan bahan kimia. Ianya terdiri dari kotak berbentuk suku bulat (quartershaped) dan di pasang kepada kotak penyimpanan menggunakan engsel khas yang tahan karat. Komponen “gas spring” dan linkage penyambung dipasang untuk membolehkan dinding penahan banjir itu dinaik dan turunkan mengikut keperluan. Kotak penyimpanan yang bertindak sebagai tapak pemegang dan penyimpan dinding penahan banjir mestilah diperbuat dari bahan yang tahan karat, ringan dan kuat. Kotak ini akan ditanam di dalam tanah. Setiap NAILS dilengkapi dengan “rubberized side interlock” untuk memastikan tiada kebocoran air apabila dinding-dinding dinaikkan. “Rubberized side interlock” akan bertindih dan menekan antara satu sama lain untuk menghalang dari kebocoran.

SIIF NAILS1
SIIF NAILS2NAILS V2


Ketiga-tiga produk ini telah dinilai oleh tiga (3) panel hakim di SIIF 2015 dan ianya terbukti dan diiktiraf mempunyai kualiti dan sumbangan kepada alam sekitar. Penganugerahan ini secara tidak langsung memberi galakan dan dorongan kepada usaha selanjutnya bagi pembangunan produk inovasi di NAHRIM dan usaha pengkomersialan seterusnya. Ahli pasukan NAHRIM juga telah mendapat pengalaman yang amat berguna dan ini akan membantu penyelidik NAHRIM memantapkan daya inovatif dan kreativiti bagi persediaan untuk pertandingan-pertandingan lain pada masa akan datang.

SIIF pesertaBergambar bersama Ms Sukunya Theerakullert,
Timbalan Ketua Setiausaha The National Research Council of Thailand (NRCT)
di ruang pameran NAHRIM di SIIF 2015.

SIIF SIJIL
Anugerah khas daripada TKSU NRCT yang dimenangi NAHRIM.

SIIF pesertadanpingat 
En Azman Mat Jusoh dan Dr Suriyani Awang mewakili NAHRIM
sebagai peserta SIIF 2015 bersama pingat dan sijil yang dimenangi.

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun