red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Kajian Keberkesanan Teknik Imbuhan Akuifer Terurus (MAR) Bagi Pengurusan Sumber Air Tanah di Pulau Tioman, Pahang Darul Makmur

on . Posted in Kajian & Projek

1.       Pengenalan

Permintaan yang bertambah untuk pembangunan lestari sumber air di Malaysia telah meningkatkan keperluan untuk penjelajahan sumber air tanah yang lebih sistematik. Pembangunan sumber air tanah untuk menyediakan keperluan bekalan air menyeluruh seharusnya dijalankan secara teratur dengan polisi dan strategi yang sesuai. 

Secara tradisi, air permukaan telah menjadi sumber air utama di kebanyakan pulau-pulau kecil luar pesisir di Semenanjung Malaysia, walau bagaimanapun, air permukaan kering dimasa kemarau yang panjang. Permintaan juga telah meningkat mendadak akibat ketibaan pelancong-pelancong hasil daripada promosi intensif percutian-percutian di Malaysia.

Cadangan kertas kerja ini bagi membincang kemungkinan meningkatkan simpanan air tanah dengan memperkenalkan teknik Imbuhan Akuifer Terurus (Managed Aquifer Recharge, MAR) melalui pembinaan lembangan imbuhan dan saliran bagi membenarkan air permukaan daripada sungai meresap ke dalam akuifer berdekatan medan telaga pengeluaran di Kg. Salang, Pulau Tioman. Pembinaan empangan bawah tanah bagi menyekat air larian air tanah dan menggunakan akuifer sebagai simpanan air tanah merupakan kaedah yang sesuai bagi menyimpan lebihan aliran air tanah semasa musim hujan.

Enapan aluvium di Kg. Salang akan ditumpu di dalam penyelidikan untuk menilai kesesuaian pilihan seperti pembinaan empangan bawah tanah dan kemudahan imbuhan bagi mendapatkan sumber air tanah secara mapan.

2.       Objektif

  1. Objektif utama kajian adalah untuk menilai potensi teknik MAR bagi meningkatkan kuantiti air tanah bagi memenuhi permintaan.
  2. Untuk mengoptimasikan sumber air tanah di kawasan kajian melalui pembinaan keperluan imbuhan (recharge) buatan, empangan bawah tanah atau telaga mendatar beserta telaga pengumpul, dan
  3. Untuk mencadangkan kawasan yang sesuai bagi penggunaan teknik MAR iaitu samada empangan bawah tanah atau telaga mendatar.

3.       Output

  1. Menyediakan telaga-telaga untuk kegunaan penduduk kampung dan pengusaha chalet.
  2. Mengurangkan kadar sejatan dan air larian ke laut.
  3. Mengoptimakan penggunaan dan pengurusan sumber air.

4.       Outcome

Meningkatkan simpanan di dalam akuifer (potensi sumber air tanah) dan luahan telaga tiubserta mengurangkan kebergantungan terhadap air permukaan terutama sekali ketika musim kemarau.

k1
Rajah 1.  Peta geologi Pulau Tioman     

k2Rajah 2: Contoh biasa lembangan imbuhan dan mekanisme pengimbuhan

k3

Rajah 3: Penjajaran konsepsi empangan bawah tanah di Kg. Salang, Tioman

k4

Rajah 4: Gambar rajah skema empangan bawah tanah, Tioman.

k5

Rajah 5: Gambar rajah skema telaga mendatar dengan telaga pengumpul.

k6
Simpanan air permukaan milik Salang Beach Resort

k7
Survei keperluan air melalui soal selidik dengan penduduk kampung

k8
Penentuan paras air tanah dan lokasi di salah satu telaga gali
di Kg. Salang

k9
Salah satu piezometer yang dibina oleh JMG
di Kg. Salang

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun