red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Kajian Pencemaran Air Tanah di Kawasan Kelantan Utara.

on . Posted in Kajian & Projek

PENGENALAN

 

Air tanah di Negeri Kelantan telah dibangunkan sebagai bekalan air minum semenjak 1935. Pengurusan bekalan air awam diuruskan oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Permintaan terhadap air tanah sebagai bekalan air minum sentiasa meningkat sejak 30 tahun kebelakangan ini. Sehingga kini, bekalan air tanah diperolehi daripada 82 telaga pengeluaran di 13 buah medan telaga di kawasan Kelantan Utara. Air tanah di medan-medan telaga ini adalah daripada akuifer cetek melainkan di Tanjung Mas dan di beberapa telaga baru di Pintu Geng. Pada masa ini, penggunaan air tanah adalah sebanyak 134Ml/hari, iaitu kira-kira 41% daripada pengeluaran keseluruhan loji rawatan air AKSB. Permintaan terhadap air tanah dijangka sebanyak 165Ml/hari untuk tahun 2010 dan akan meningkat pada kadar 2.5% setahun.

Pembangunan yang pesat di kawasan bandar telah menyebabkan perubahan dalam pola guna tanah dan pelebaran kawasan bandar tidak dapat dielakkan telah menyempitkan lagi kawasan tadahannya. Pembangunan pesat yang selari dengan peningkatan populasi penduduk dan peningkatan permintaan bekalan air tempatan juga mengakibatkan pendedahan air tanah kepada risiko pencemaran.

 

 

OBJEKTIF

  1. Menilai kualiti air tanah.
  2. Mengenal pasti punca-punca pencemaran air tanah.
  3. Menilai kemungkinan penerobosan air masin terutamanya dalam akuifer berhampiran pesisir pantai.
  4. Mengkaji kesan-kesan pencemaran kepada kesihatan manusia
  5. Menentukan usia air tanah dan mekanisme pergerakan pencemaran air tanah menggunakan kaedah isotop.

 OUTPUT

  1. Kualiti air tanah dikenalpasti.
  2. Punca pencemaran dikenalpasti.
  3. Penilaian kemungkinan penerobosan air masin.
  4. Penilaian kesan pencemaran terhadap kesihatan manusia.
  5. Penentuan usia dan mekanisme pergerakan pencemaran air tanah.

 OUTCOME 

  1. Hasil kajian membantu dalam pengurusan air tanah secara mapan.
  2. Menyediakan ‘Well Head Protection Area’ (WPHA).
  3. Mengambil tindakan pemulihan dengan segera.
  4. Menjimatkan kos pemulihan dan pemeliharaan.
  5. Mengawal impak penerobosan air masin.
  6. Meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat setempat tentang kepentingan air tanah

    KU1Pembinaan telaga pemantauan di Kampung Seneng, Bachok.


    KU2Kajian pencemaran air tanah dengan menggunakan ‘Ground Penetration Radar’ (GPR) di Kubang Kerian, Kelantan.


    KU3Kajian pencemaran air tanah dengan menggunakan kaedah Keberintangan Elektrik di Kubang Kerian, Kelantan.

    KU4Penganjuran Kempen Kesedaran Air Tanah di SK Beris Panchor, Bachok, Kelantan.

 

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun