red green blue contrast reset

facebook twitter instagram youtube flickr rss

perutusan bm34 produk bm perisian bm
penyelidik bm awam bm warga bm aplikasimobil bm aplikasionline bm

Cetak

Laporan Lawatan ke Empangan Ahning, Kedah pada 12 Februari 2014.

on . Posted in Arkib Aktiviti 2014

    Program lawatan kerja delegasi daripada NAHRIM yang terdiri daripada 6 orang peserta ke Empangan Ahning, Kedah telah diadakan pada 12 Februari 2014. Program lawatan ini diketuai oleh Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi NAHRIM, Dr. Saim Suratman. Lawatan ini juga disertai oleh kakitangan daripada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) dan Lembaga Pembangunan Pertanian Muda (MADA). Objektif lawatan ini diadakan adalah untuk:

    a) Menilai kepekatan ferum dan mangan yang di dalam sampel air permukaan
    b) Mengkaji keadaan geologi kawasan empangan dan persekitarannya
    c) Menentukan punca berlakunya ferum dan manganese yang tinggi di dalam air permukaan
 
    Lawatan ini dibuat susulan aduan yang dibuat oleh pihak Syarikat Air Darul Aman (SADA) kepada LSANK mengenai kepekatan ferum dan mangan yang tinggi daripada sumber air mentah yang dipam di Sungai Ahning berpunca daripada Empangan Ahning. Rumah pam terletak kira-kira 1 km dripada di kawasan hiliran empangan tersebut.

   Delegasi telah diberi penerangan oleh pihak MADA dan dimaklumkan bahawa keadaan kualiti air merosot pada musim kemarau. Walau bagaimanapun loji rawatan yang lama tidak menghadapi masalah dalam merawat air mentah dan masih mampu mencapai piawai air minuman yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Namum begitu, selepas kerja menaik taraf loji dengan kapasiti yang lebih besar, ia menghadapi masalah untuk merawat air mentah yang mempunyai kandungan ferum dan mangan yang tinggi.

   Empangan Ahning mula dibina pada 1985 dan siap sepenuhnya pada tahun 1989 oleh Jabatan Kerja Raya. Ia mempunyai kapasiti penyimpanan bekalan air sebanyak 275 juta meter padu dan melibatkan kawasan 12 km persegi. Tujuan utama pembinaan empangan ini adalah untuk pembekalan air domestik dan industri. Pada tahun 1991 Empangan Ahning telah diserahkan kepada pihak MADA bagi mengawal selia kerja-kerja operasi dan penyelenggaraan.

Ahning1

Ahning2

Ahning3

Ahning4

  • apwfmygovjpamscmampumofeperolehanspanjbajpp
  • logo-jataNREjasjbkjkptgjpswildlifejpsmjtlmjupemfrimjmginstun